Islam keturunan?

  • 4

"puan suami mana ye saya nk explain keadaan puan dan bayi..."

"saya belum kawin doktor..boyfriend saya ayah baby ni ada kat
luar..."sambil tersenyum tanpa riak segan di wajah gadis malang itu...

Astaghfirullah,semakin hari bekerja di department sakit puan makin
sedih hati ini melihat realiti budaya barat yg diamalkan oleh
masyarakat kita...setiap hari pasti ada 'single parent' dtg mendapatkan
rawatan utk baby yg bertaraf 'luar nikah'...

Kasihan baby itu...pernah saya bertanya sekiranya baby yg dikandung
perempuan apakah si ibu akan benarkan anaknya lakukan begitu???

Cepat si gadis menggeleng...then kenapa adik buat mcm tu?tak kasihan
ibu dirumah?tak simpati pd si ayah menanggung malu? Paling
gentar...tak takut pada Allah yg Maha mengetahui walau disembunyi
dibawah 7 lapisan bumi sekalipun...

Seringkali jiwa ini tertanya-tanya mengapa???lalu soalan diajukan jua
utk memulakan bicara dan peringatan buat si gadis yang melihat nyawa
ini seperti tiada pengakhirannya.

Mungkin ada berkata diri ini menyibuk hal 'dalam selimut' di gadis.tidak kisah sama sekali asalkan tidak dipertanggubgjawabkan kelak. Dan hal dalam selimut itu menyusahkan
saya juga jam 4am semasa oncall perlu buat ujian rapid test HIV,HepB bagai...datang jam 4pagi bukan kerana sakit tetapi kerana 'malu' nk dtg siang sebab ramai org katanya...emm (geleng kepala)

Alasan si gadis mengapa 'didahulukan' perkara yg patut dikemudiankan
hanya selepas nikah? Sambil tersenyum si gadis menjawab " boyfriend
saya ada cancer doktor..."

Saya bertanya lagi "jadi???kalau cancer kenapa?"

"kesian la dia..takut xsempat merasa.." sambil tersipu2 mcm xde ape yg
salah di disitu...

menarik lafaz panjang nasihat perlu diberikan.."adik bukan bantu dia tp lg menambah masalah dia,andai dia pergi dulu...bawak pula dosa besar berzina...pasti akan sengsara di alam sana"

Si gadis tetap tersenyum terhangguk2..sungguh singkat pemikiran...

jadi apa masalahnya di sini????

Akar umbinya perlu diperbetul..

Aqidah Dan akhlak Islam sudah dibuang dan budaya barat diaggungkan....

Dapat di fahami contoh realiti di atas???permulaan yg tidak
islami...pergaulan tanpa batas,tiada sifat malu...

Astaghfirullah,mcm mana anak yg dikandung itu nanti??adakah anda rasa
akan memiliki akhlak islami???????

Saya sangat2 takut..ketahuilah azab Allah itu bukan hanya menimpa si
gadis seorang tetapi semua kita akan terkena.

Cth musibah gempar bumi/tsunami, adakah si gadis seorg terkena??tidak
bukan...

Jadi mainkan peranan kita dari sekrg..saat ini..utk diri kita dan keluarga kita serta masyarakat..perlu praktis amal islami... Tiada kompromi demi
menjamin kesucian susur galur dan kesejahteraan kita
bersama...astaghfirullah...

[p/s: terfikir adakah sepuluh tahun akan datang majoriti masayarakat kita anak luar nikah??]

Baca lagi dan lagi ;)

  • 0
Sebagai ibu kita mesti (sangat patut) meng'update' diri kita dengan
ilmu..untuk diri sendiri dan anak2...

Salah satu dan paling mudah adalah dengan membaca..tak kira hard
or soft copy (e-book,blogs).

Bahan bacaan boleh menggambarkan matlamat diri kita sebenarnya..setuju??

Cuma nak berkongsi saya sekarang masih memiliki 'a list of reading materials' utk dihabiskan dalam kesibukan kerja dan utk anak2..

Saya mula membaca satu majalah bernama 'Solusi' dan telah jatuh hati pada nya..kenapa:



1. Penulisan tazkirah yang ringkas.. Sesuai utk saya yang sibuk tetapi
jauh di sudut hati rindukan sesuatu yg ringkas yang boleh menyegarkan
hati

2. Bekerja dalam tekanan membuatkan saya rindukan suntikan motivasi
islami,ada dalam majalah ini

3.saya dan suami meluangkan sedikit masa sehari walau secara tidak
rasmi utk sesi ta'lim... Kami bercadang memulakannya utk anak2 sedikit
masa lagi ( sekarang dgn umar secara indirect sahaja). Majalah ini
boleh dijadikan bahan utk pengisian

4. Perkara yg dibincangkan berkaitan dgn kita yg sering terlupa dalam
kesibukan.. Sangat relevan cth tajuk: 'mukmin profesional'.... 'Kerana
harta masuk neraka'... Sungguh membuka minda ..sangat suka..

5. Saya tidak punya masa untuk ke kedai buku tapi majalah ini saya boleh beli online terus ke pintu rumah saya..;)

Rakan-rakan sekerja saya juga tumpang membaca dan turut jatuh hati:D

anda ingin cuba majalah ini ..boleh dapatkannya di sini

Apa bahan bacaan anda yg terbaru?

updates!

  • 11
Pasti ada yang merindui saya (huhu perasan..)

Saya dan anak2 alhamdulillah sihat dan sangat2 bersyukur pd Allah atas
nikmat yg Dia kurniakan buat kami..

Saya terus-terusan enjoy the challenges as a working mother! (saya
gemar perkara mencabar yang kadangkala jika tak dilakukan saya xkan
tahu setakat mana potensi diri saya).

Seperti tekad saya dahulu, saya masih menyusukan pengarang jantung
saya si comel thariq.Dulu saya ragui 'kesempatan' seorang houseman
untuk menyusukan anaknya..sebenarnya boleh..hendak seribu daya dan
paling utama mohon bantuan dari Allah!



my companion to work;) itu hasil utk sekali pump..alhamdulillah

buah hati saya umar kini makin matang, pandai berdikari dan sangat
ke'abang'an. (semoga menjadianak-anak soleh dan musleh).

Umar memang sangat gemar membaca dan sudah tahu solat dan
tertibnya.sudah menghafal doa iftitah,alftihah dan beberapa surah juz
ammar.(saya yakin sekiranya digilap pasti dia boleh hafal lebih banyak
lagi..namun kesuntukan masa saya menghalang.. Saya ambil ini sebagai
cabaran! Saya akan cuba!)

Anda yg membaca bagai mana? Ceritalah sedikit tentang perkembangan
anda dan simanja anda..

kembali..

  • 5
Wah sudah tersangat lama meninggalkan blog ini kesunyian..:)

Sebetulnya saya yg "terlalu sibuk" meniti hari2 sebagai ummi yang
berkerja. Satu role yg mencabar minda (dan keasabaran;) )...

Sungguh saya tidak punya masa nk me'naip' panjang (even entry pendek)
memandangkan rutin saya yang tak menentu dan masa yang ada digabiskan
sepenuhnya buat putera-putera tercinta,keluarga dan pengisian diri dan
usaha membangunkan ummah..(wah besar bukan tanggungjawab;))

Saya tak tahu berapa lama saya boleh mengekalkan 'keaktifan' blog ini...

Apa yang membuatkan saya ingin menulis lagi adalah 'inertia' atau
'tolakan dalaman yg kuat dlm diri.. Kesimpulannya saya memang gemar
menulis..(walau tida sape baca)

Saya hanya mahu sesuatu yg di 'luar' bidang perubatan..

Itu saja sebetulnya;)