Jika diberi pilihan sudah pasti setiap ibu memilih untuk membesarkan anak-anak di depan mata..tetapi realitinya bukan semua ditakdirkan menjadi ‘full time mother’.
Kadangkala keperluan hidup , keperluan kerja dan sebagainya membuatkan seorang ibu itu perlu membahagikan masa emas dalam kehidupannya di antara keluarga dan kerja. Bukan mudah menjalankan tanggungjawab itu , hanya ibu yg hebat dapat melakukannya.
Sebenarnya jika difikirkan peluang membuat pahala terbentang luas di depan mata kita. Di tempat kerja berkhidmat dengan ikhlas dan terbaik mendatangkan kebaikan buat org lain mendapat pahala dan di rumah menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu pasti diberi ganjaran oleh yang Esa.
Jika kita tidak mencuba sudah pasti kita tidak akan tahu sejauh mana potensi diri kita sebagai ibu berkerjaya dalam mendidik anak-anak dalam acuan kita sendiri.
Saya yakin akan masa yang berkualiti daripada kuantiti. Jika kita perhatikan rata-rata ibu yang punyai banyak masa bersama anak-anak ‘take for granted’ akan masa yang ada dan jarang di gunakan sepenuhnya kerana jauh di sudut fikiran ‘tidak mengapasekejap lagi pun boleh buat.’…
Bagi kita sebagai ibu yang bekerja biar sekejap namun yakinlah jika kita gunakan sebaiknya dengan izin Allah pasti kita dapat membentuk anak-anak kita.
Jangan putus asa.Kuasa merubah ada di tangan anda sekarang. Apa yang perlu adalah membuat sedikit perubahan pasti membawa kelainan yang ketara!
