menghargai pengalaman dengan mata hati

  • 0

Kepenatan 'tagging'... hanya yang melalui boleh memahami...mula awal pagi pulang agak lewat malam. Namun saya memilih untuk menjadi optimis. Tagging= Satu lagi pengalaman baru,environment baru, dan rakan-rakan baru.New challenge.

Dari mengamati realiti khidupan seorg bayi di pediatrik, ibu di O&G dan akhirnya keluarga,kini saya di'saji'kan dengan drama realiti hidup ini yang membuka pintu hati dan emosi saya utk lebih bersyukur dan menghargai nikmat 'anggota' badan yamg hanya pinjaman semata-mata.

Kini boleh dikatakan saya lebih 'alert' dengan kelebihan 5 perkara sebelum 5 perkara; lapang sebelum sempit,sihat sebelum sakit dan muda sebelum tua.

Perkaitannya seperti ini; seorang pesakit yang dimasukkan ke ward kerana patah / putus kaki nya disebabkan banyak perkara. Mungkin kerana hancur termasuk mesin ditempat kerja,digilis kenderaan atau kerana kencing manis.

Kebanyakkan kita hanya nampak kesakitan zahirnya iaitu sakit ditempat patah.tetapi impak sakit zahir itu sebenarnya lebih hebat.Sumber rezeqi sekeluarga terjejas,masa depannya terjejas, tidak boleh lakukan byk aktiviti dan sebagainya.

Sebagai individu yg merawat saya insaf akan kebolehan yang Allah masih pinjamkan kpd saya iaitu kudrat,kaki,tangan dan pancaindera.Saya bertanya sendiri adakah saya telan manfaatkan untuk mengumpul saham akhirat?adakah saya cuba menyampaikan ayat-ayatNya?adakah saya doktor yg amanah?adakah saya isteri dan ibu yang melaksanakan tanggungjawab?

Sekaranglah masa sebelum kehilangan pinjaman-pinjaman Illahi dan sebelum terlambat.

Luka fizikal boleh dibantu oleh org lain untuk merawatnya,luka iman hanya kita sahaja yang bisa mengubatnya...tombo ati..dan yang bagusnya madrasah Ramadhan kian mendekat..Allahummabalighna Ramadhan..

menambah nilai diri dan anak-anak


Zaman ini adalah zaman yang penuh dengan persaingan. Fakta keadaan puluhan ribu mendapat keputusan yang hebat namun realitinya tidak semua memiliki qualiti yang diimpikan dan tidak semua kekal cemerlang. Pelbagai sektor menawarkan kursus dan peluang menambah kemahiran individu bagi menampung kekurangan dan menambah baik modal insan yang ada.

Namun kita tidak sedar bahawa peluang untuk 'menambah nilai' diri kita sangat dekat iaitu dengan menghayati dan menjadikan islam cara hidup dan neraca timbangan. Jika difikirkan kualiti mukmin bertambah apabila betul-betul menurut Quran. Dengan Islam pemikiran menjadi matang,dengan Islam disiplin menjadi hebat, dengan Islam tiada lagi masalah krisis mencari identiti diri.

Contoh lebih jelas, seorang doktor. Bukan setakat doktor biasa tetapi doktor yang hafal Quran. Doktor ini menambah nilai dirinya serta dapat memberi rawatan yang 'holistic' iaitu dari segi fizikal dan rohani. Jika rohani bercelaru pastinya fizikal tidak mencapai tahap optimum. Seorang suri rumah yang hafal Quran pula secara tidak langsung boleh memberi terapi islami kpd anak-anak mereka. Sungguh Islam memang mengangkat darjat individu.

Ternyata Allah menilai taqwa bukan zahir atau harta merupakan sesuatu yang tepat kerana taqwa yang hebat membentuk diri yang cemerlang.

Hidayah Allah itu tidak murah


*kisah benar yang di ubah nama..hanya mengambil pengajaran dari kisah benar kehidupan..*

Hati ini tersentuh sayu apabila melihat K Anis merenung keluar tingkap NICU dengan air mata yang jatuh satu persatu tanpa mengendahkan pandangan orang di sekeliling. Mungkin dia terkenangkan wajah comel arwah syazrul yang baru pergi buat selamanya 2 hari lalu pada usia hanya 8bulan dan kini syafi 5 tahun, satu-satunya anak yang tinggal terlantar dibantu mesin pernafasan.

Tidak cukup dengan ujian anak ini,si suami pula seumpama dirasuk hantu menjerit-jerit menyalahkan doktor dan pihak hospital dan paling kejam menzalimi K Anis dengan mengatakan keturunanbya membawa sial hingga anak-anak satu persatu sakit.Astaghfirullah....inilah dia apabila hati tiada lagi iman dan pergantungan kepada Allah yang Esa.

Berat sungguh ujianMu padanya ya Allah.. namun saya yakin Allah tidak akan menguji hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung hambaNya.

Teringat sewaktu oncall yang lalu pada hari Syafi bru sahaja di masukkan ke uni rawatan rapi NICU. Saya tiba - tiba disapa oleh K Anis dengan deruan air mata.

K Anis:"Doktor saya sedih sangat...saya lalui semua ini seorang diri. Suami tak henti-henti menuduh keluarga saya yang bukan-bukan.Dia sikit pun tak ambil kisah tentang anak-anak.tahu marah, tengking aje. Jangankan beri duit utk bantu, datang melawat pun tidak. Saya nak minta cerai la doktor dengan dia.Sesak sangat rasa dada ni..."

Sungguh saya kaku sebentar mendengar luahannya. Betapa hebat dugaan wanita ini.

Saya: Sabar kak. Ini ujian Allah.Saya tahu akak kuat. Saya tahu senang bercakap suruh sabar tapi hakikat yang menanggung terlalu berat..tapi akak percayalah akak tidak sendiri.Allah ada bersama.Saat ini yang boleh mengubah keadaan hanya Allah.Doktor pun manusia. Usaha apa yang termampu selebihnya Allah yang tentukan.Malam begini baik akak solat malam minta padaNya.InsyaAllah ringan sikit beban di dada.Saya rasa tentang cerai tu jgn fikirkan sangat sekarang sebab akak dan suami dua-dua tertekan,marah. Takut keputusan waktu ini tidak rasional.

K Anis: Doktor,sekarang hampir setiap malam saya ke surau tingkat 8 solat.Minta Allah tolong. Sekarang bila difikir-fikir saya baru tersedar yang saya dan suami dulu tidak memenuhi tanggungkawab solat lima waktu saya, jarang meminta padaNya. Bila jadi begini saya insaf. Sejak arwah syazrul sakit saya baru tersedar hakikat hidup yang sebenar.Mungkin Allah nak saya sedar dengan ujian ini..

MasyaAllah...saya sayu.Berat sungguh sesak di dada ibu ini. Mahal sungguh hidayah Allah. Besar sungguh pengorbanan bayi syazrul untuk membawa ibunya ke pangkal jalan..Subhanallah, hidayah Allah itu mahal sungguh nilainya..semoga kita mengambil pengajaran agar dekat padaNya..

seribu sesalan seorang ibu muda


Di kala membaca ucapan-ucapan hari ibu yang dikirim, timbul rasa kesyukuran yang tidak terhingga atas peluang merasai peranan seorang 'ummi'. Namun ini mengingatkan saya kepada kisah seorang bayi di hospital tempat saya bekerja. Semalam Allah memberi peluang untuk lebih menghargai pemberian Allah dan bersyukur dengan nikmat anak,keluarga rezeqi dan segalanya yang tak terhitung oleh saya. Subhanallah!Allahuakbar!

Pagi seperti biasa saya melaksanakan tanggungjawab rutin di wad untuk memeriksa bayi-bayi di bilik 'phototherapy' utk rawatan jaundice atau kuning.

Namun seorang bayi yang TIDAK jaundice di tempatkan disitu. Kemusykilan mendorong saya untuk memulakan pemeriksaan pada bayi ini.

Rupanya dia disitu kerana ibunya yang masih muda berusia 24 TAHUN masih ditahan di unit rawatan rapi kerana semasa kelahiran SISTEM PERANAKANnya turut DIBUANG (hysterectomy) kerana pendarahan.

Saya terus meneliti fail bayi ini kerana curious ingin tahu kenapa ibu semuda 24tahun ini dibuang rahimnya. Lalu terlihat bahawa bayi ini adalah kandungan ketiga bagi ibu. Tetapi yang menyedihkan bayi ini juga adalah kandungan yang ketiga tanpa bapa yang sah. Akibat menggugurkan kandungan terdahulu kini si ibu menghadapi masalah pendarahan akibat placenta accreta (uri tertanam hingga lapisan otot rahim bukan di lapisan terluar rahim shj)kemungkinan besar akibat proses pengguguran yg lepas.

Saya rasa kesal dan sedih. Ibu ini umpama meragut kebahagiaan sendiri akibat nafsu yang tidak dipandu dgn iman. Nikmat kebahagiaan utk memiliki zuriat bersama suami yang sah tidak dapat lagi dikecapi. Pelbagai masalah psikologi dan emosi akan terus dirasai hanya kerana 'keseronokan' sementara yang mengundang seribu satu 'kesesakan' jiwa.

Sungguh hidup hanya seketika.Terlalu singkat untuk dipersiakan dengan melayan nafsu al hawa'.

Bagi saya adalah satu yang sangat pelik sekiranya ibu tadi masih tidak terkesan dan insaf dengan apa yg terjadi.

Cara Allah 'menghadiahkan' hidayah buat setiap hambanya adalah berbeza-beza.Walaupun salah itu disebabkan kelemahan diri kita sebagai manusia namun ianya sudah tersurat. Mungkin buat ibu tadi ujian yg hebat ini diperlukan utk hidayah itu menembusi kalbunya. Allah pasti tidak menguji hambanya dengan apa yang tidak mampu digalasnya.

Buat kita yang 'disajikan' dengan drama dipentas realiti dunia ini patut memgambil iktibar dan menguatkan usaha kita munujuNya dan menyeru kepadaNya.

Tidak akan cukup dgn hanya anak dan keluarga kita sahaja yang baik tetapi masyarakat sekitar rosak. Analoginya adalah seperti penyakit berjangkit... jika anak kita sahaja yg sihat tetapi jiran,rakan sekolah dan masyarakat batuk,selsema dan lebih teruk lagi mengalami batuk kering berdarah,lambat laun anak kita akan ter'jangkit' jua. Dan jika tidak dirawat pasti menjadi teruk dan boleh menyebabkan MAUT!!

Wallahualam..