'umi kenapa kartun tu boleh walk on rainbow?' tanya umar..'sebab tu kartun' 'kenapa dalam kartun semua boleh? Kucing boleh walk, mouse boleh cakap, kalau jatuh dari bangunan pun tak sakit apa-apa' umar meluahkan perasaan ingin tahunya lagi..
Saya terdiam memikirkan jawapan sesuai..' sebab org yang buat kartun ni nak kita berFIKIR dan bezakan mana yang betul boleh berlaku dan mana yang hanya direka-reka..' saya cuba memberi jawapan yang terbaik..Umar mengangguk-angguk entah faham atau tidak.
Walaupun kadangkala rasa malas untuk menjawab kerana saya sibuk dengan si kecil yang baru melihat dunia namun saya tidak mahu perasaan ingin tahu umar dan soalan-soalan 'killer' sebegitu tidak lagi didengari..
FIKIR satu yang sangat kurang dalam masuarakat sekarang dan saya tak mahu anak-anak saya jua menjadi orang yang taklid dalam semua perkara atau mengikut sahaja kerana kita bukan dalam zaman gelap eropah dimana selepas kejatuhan empayar greco roman kuasa istana dan gereja mendoktrin manusia bahawa berfikir, keinginan ingin tahu dan menyoal adalah berdosa.FIKIR juga perlu untuk DAkWAH. Anak-anak ini perlu memggerakkan fikiran mereka seiring dengan ZIKIR (Quran) mereka.Sia-sia zikir tanpa fikir.sama seperti parrot ataupun mentera hindu..zikir tanpa fikir juga merugikan.
Budaya FIKIR dan ZIKIR perlu diterap dari awal sebagaimana dilakukan oleh imam Malik, menggalakkan anak muda berfikir dengan bertanyakan soalan kepada mereka.persoalan-persoalan yang timbul perlu dijawab berlandaskan 'tauhidic mindset' dan tidak bersandar kepada logik sahaja kerana akal manusia ini pada satu tahap ada keterbatasannya.FikIR membawa umat manusia kepada fitrah lalu mengenal pencipta dan kurangnya berfikir akibat rutin seharian yang tak ubah seperti robot atau mesin boleh membawa manusia jauh dari memyedari kekuasaan pencipta seterusnya meningkatkan statistik murtad zaman ini.FIKIR perlu dipandu dengan iman dan kefahaman yang tulen mengenai Islam.
Apabila fikir tidak dipandu zikir (keyakinan aqidah dan mentauhidkan Allah dan mempercayai apa yang disuruh dan dilarang oleh Allah perlu diikuti) tidak mustahil boleh tersasar.Lihat saja Irshad Manji dimana pemikirannya menolak hakikat keterbatasan pemikiran manusia tentang kehebatan Allah, perkara-perkara sam'iyat dan kebenaran perundangan Allah dalam menstabilkan kehidupan manusia di alam ini.Wallahualam.
.
No comments:
Post a Comment