Hafazan Journey

  • 0
Bismillahirrahmanirrahim..

Sedikit entry mengenai perkembangan Umar dalam hafazan dan Thariq dalam mengenalkannya kpd Al Quran..

Kami adalah antara yang agak perlahan dalam proses hafazan ini dan masih ramai di luar sana yang hebat dalam mendidik anak-anak mereka dalam hafazan dan mengenalkan AlQuran. Namun kami tetap optimis dan yakin untuk mencapai matlamat kami ini. Semoga semua mendoakan.


Method yang kami gunakan adalah basic:

1- perdengarkan bacaan Al Quran kepada anak-anak sejak bayi
ulang-ulang bacaan Quran itu, saya gunakan iphone saya untuk tujuan ini.
Siang saya perdengarkan bacaan surah-surah pilihan di alternate dengan surah yang sedang umar hafal.
Malam pula saya akan biarkan telefon ini membacakan surah yang sedang umar hafal berulang-ulang hingga pagi.

2- Hafal bersama
kami menghafal bersama-sama dengan memecahkan kepada dua bahagian, cthnya surah yang 11ayat kami hafal 5ayat dahulu kemudian 6 ayat sesi kedua. Jangan memaksa jika anak penat dan jadikan sesi ini satu yang personal antara ummi dan anaknya dan sesi yang gembira..

Umar akan baca satu ayat 10 kali lihat kemudian 10 kali tutup sehingga dia hafal. Average total dalam 60kali lihat dan 60kali tutup. Ini sesuai apabila anak dah besar sedikit.




3- mengulang
Ini selalunya kami lakukan pada hari sabtu dan ahad kerana ayah umar boleh bantu mentasmik bacaan umar juga, ini lebih terkesan kepada umar kerana ia merasakan hafazan ini sesuatu yang penting dan dia akan serius dalam mengulang. Step mengulang ini adalah paling penting. Kami pernah mengalami peristiwa di mana umar sudah menghafal 11 surah kemudian saya terlalu sibuk dengan housemanship sehingga tidak sempat mengulang-ulang dan akhirnya umar hanya ingat 4 surah. Saya sangat sedih namun redha kerana inilah cabaran dalam proses menghafal ini...

No comments: