BAHAYA MENCAIR ATAU MEMEKATKAN SUSU FORMULA ATAU SUSU IBU.

  • 0

Membaca artikel yg viral di fb, saya terpanggil untuk menjelaskan sedikit tentang bahaya mencairkan atau memekatkan susu anak. Sama ada susu badan atau susu formula. Kebanyakan kes yg berlaku yg saya pernah temui adalah mencairkan susu apabila anak cirit birit. 

Satu lagi kes yg menyedihkan adalah bayi yg beratnya merosot teruk dari berat lahir 2.9kg kepada 2kg pada umur satu bulan kerana ibunya membancuh formula tersangat cair iaitu satu scoop kepada 5 oz air (sepatutnya 5scoops kpd 5oz air). Kerana tidak mampu membeli susu. (Certa lanjut di 
http://cutiecaliph.blogspot.com/2014/01/bahaya-tidak-cukup-kalori-pada-anak.html?m=1)

Bayi memerlukan jumlah garam tertentu dalam sehari. Sekiranya garam sodium rendah bayi berisiko untuk mengalami sawan (fitting) dan boleh membawa maut. Jika garam potassium pula yang rendah boleh mengganggu denyutan jantung yang memerlukan garam ini. Ini boleh terjadi apabila susu dicairkan. Kedua garam ini terkandung dalam susu.

Susu ibu Allah ciptakan sesuai dengan keperluan semulajadi bayi.Allahuakbar..hebat!

Kandungan garam mineral dan nutrisi berbeza dalam susu formula dan susu badan. Oleh sebab itu perlu merujuk kepada bancuhan yang ditetapkan oleh pengeluar susu formula dan tidak boleh diubahsuai bancuhannya agar komposisi garam minerals dan nutrisi lain seimbang mengikut keperluan semulajadi badan bayi.



Iniah yg terjadi pada kes yg diviralkan ini. (Certa lanjut:http://www.liftbump.com/2015/05/59784-parents-fed-their-newborn-milk-mixed-with-water-now-theyre-on-trial-for-murder/

Apabila susu dicairkan kandungan garam dan nutrisi lain telah berubah.

No comments: