BAHAYA MENCAIR ATAU MEMEKATKAN SUSU FORMULA ATAU SUSU IBU.

  • 0

Membaca artikel yg viral di fb, saya terpanggil untuk menjelaskan sedikit tentang bahaya mencairkan atau memekatkan susu anak. Sama ada susu badan atau susu formula. Kebanyakan kes yg berlaku yg saya pernah temui adalah mencairkan susu apabila anak cirit birit. 

Satu lagi kes yg menyedihkan adalah bayi yg beratnya merosot teruk dari berat lahir 2.9kg kepada 2kg pada umur satu bulan kerana ibunya membancuh formula tersangat cair iaitu satu scoop kepada 5 oz air (sepatutnya 5scoops kpd 5oz air). Kerana tidak mampu membeli susu. (Certa lanjut di 
http://cutiecaliph.blogspot.com/2014/01/bahaya-tidak-cukup-kalori-pada-anak.html?m=1)

Bayi memerlukan jumlah garam tertentu dalam sehari. Sekiranya garam sodium rendah bayi berisiko untuk mengalami sawan (fitting) dan boleh membawa maut. Jika garam potassium pula yang rendah boleh mengganggu denyutan jantung yang memerlukan garam ini. Ini boleh terjadi apabila susu dicairkan. Kedua garam ini terkandung dalam susu.

Susu ibu Allah ciptakan sesuai dengan keperluan semulajadi bayi.Allahuakbar..hebat!

Kandungan garam mineral dan nutrisi berbeza dalam susu formula dan susu badan. Oleh sebab itu perlu merujuk kepada bancuhan yang ditetapkan oleh pengeluar susu formula dan tidak boleh diubahsuai bancuhannya agar komposisi garam minerals dan nutrisi lain seimbang mengikut keperluan semulajadi badan bayi.



Iniah yg terjadi pada kes yg diviralkan ini. (Certa lanjut:http://www.liftbump.com/2015/05/59784-parents-fed-their-newborn-milk-mixed-with-water-now-theyre-on-trial-for-murder/

Apabila susu dicairkan kandungan garam dan nutrisi lain telah berubah.

Q&A Speech issue:

  • 0
Seorang teman bertanya, deidentified for confidentiality. Sekadar mengambil pengajaran.



Q: "Anak saya nak masuk 1 tahun 9 bulan tapi vocab dia sangatttt limited..mama, adoi. Tapi dia ada eye contact, boleh join sepupu2 dia main, kalau panggil nama dia dtg, kadang2 faham arahan, kadang2 tak."

Perlukah di bawa check? Bila baca , kdg2 ada ciri autism tapi macam tak ada.Ke dia speech delay?

A: anak-anak berkembang pada fasa mereka tersendiri. Bagainanapun ada 'general rule' yang perlu dipantau untuk mengenal pasti sekiranya ada masalah yang menyebabkan kelambatan perkembangan anak itu. Kelonggaran diberikan utk anak memcapai sesuatu perkembangan dalam beberapa bulan sebagai contoh perkembangan yang sepatitnya dicapai pada usia 18bulan mungkin hanya dicapai pada usia 21bulan dan ianya adalah normal. Bagi anak yang lahir pramatang, perkembangan perlu mwngikut "corrected age" mereka.

Antara tanda-tanda ana memerlukan perhatian adalah:

By 12 -15 months:
Tidak menyebut "mama" or "dada".tiada bebelan menggunakan konsonan seperti baba,dadada,nanana.tidak faham 'no'.tidak menggunakan herak badan seperti menggeleng utk tidak,melambai.Tidak menunjuk bahan yang diingini. Secara umum anak sudah memiliki 2-6 vocabularies pd usia 15bulan.


By 18 months:
Tidak mengenal sekurangnya satu anggota badan apabila ditanya.Tidak berkata-kata any single word yg difahami.
Anggaran vocabularies 6-40 single words.

Between 19 and 24 months:
Tidak menunjukkan peningkatan penguasaan vocab yg baik.anggaran satu perkataan baru seminggu. Sepatutnya sudah mula.menggabungkan dua perkataan seperti " minum + air", 'makan+nasi"

By 24 months:
Tidak memahami arahan ringkas seperti 'ambil bola'.
Tidak menunjukkan 'pretend play' seperti menyikat rambut doll.
Tidak mengenal gambar yang disebut dalam buku.tidak menggabung dua perkataan.


By age 3:
Tidak boleh bercakap dalam frasa pendek.
Tidak faham arahan ringkas.
Perkataan yang amat sukar difahami
Masalah dalam menyebut perkataan

By age 4:
Tidak menguasai single words
Tidak faham konsep sama, berbeza
Tidak menggunakan kata ganti diri 'saya', awak/kamu' dengan betul.

Punca-punca lambat bercakap:

-sedikit kontroversi mengenai pendedahan lebih dr satu bahas menyebabkan lambat bercakap.melalui pemerhatian ini berlaku dan penggunaan satu bahasa tetap membantu improve percakapan anak
-kurang stimulasi
-learninh disability: perlu assessment yg rapi oleh doktor
-masalah pada otot mengawal percakapan
-masalah pendengaran
-masalah genetik
-autistic spectrum disorder
-masalah saraf (neurological disorder)
-idopathic-tiada punca ditemui

Babywearing

  • 0


Untuk anak-anak, saya sangat suka babywearing. Bila mengandung memang akan cari balik sling dan kali ni tambah satu lagi iaitu mei tai. Ada yang kata kalau baby selalu didukung akan jado clingy dan nak melekat dengan ibu sahaja. Sebenarnya melalui research terbaru, anak clingy bukan satu tabda ia bermasalah.Ia adalah fitrah anak yang mahu dekat dengan ibunya. Dakapan ibu memberi segala yang diperlukan iaitu susu sebagai makanan, bau ibi sebagai penenang, suhu badan ibu yang melegakan dan kasih sayang serta bonding yang terbina. Ada kajian memyatakan anak yang didakap selalu lebih mudah untuk dipisahkan kelak berbanding yg kurang didakap, lebih confidence dan lebih settled. Ibu pula kurang postnatal depression, lebih tenang melakukan kerja kerana anak bersamanya dan stabil emosi dan hormon kasih sayangnya. Betul, saya setuju kerana memangbdapat rasa kesan ini. Lagi-lagi saya yang berkerja dan bila dah start lerja memang selalu terpaksa tidak bersama anak especially bila oncall..menurut fitrah itu memang menenangkan.

Mendamaikan Extra energy anak..

  • 0
Apabila yang lain dah tidur siang, seorang ni masih banyak energy nya, maka umi mencari aktiviti yang dia sukai. Sekarang minatnya adalah membaca dan buat 'activity book'.
 Excited membaca kerana baru boleh membaca alhamdulillah.
Kuncinya: 
1) cari minat anak dan ajak lakukan aktiviti bersama agar tidak ganggu anak yang lain
2) sambil anak beraktiviti, uminya boleh membaca juga..


Setiap anak itu berpotensi

"Setiap anak itu berpotensi...", mantra yang perlu ada dalam minda dan jiwa ibubapa. Apabila mengajar anak pertama lebih mudah, kadangkala apabila anak kedua dan seterusnya lebih mencabar membuatkan kita rasa putus asa atau tiada motivasi. Ia juga berlaku kepada kami.
Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan hambaNya yang mencari ilmu.

Anak kedua sememangnya mempunyai sifat kinestetik. Mengajarnya memerlukan kesabaran dan dia tidak mudah untuk dipujuk untuk duduk dan belajar. Maka saya terdetik untuk mencari kaedah dan alternatif alatan untuk mengajarnya. 
Alhamdulillah sejak 3 minggu yang lalu Allah memudahkan.



Kami memulakan bacaan dari Furqan 3 dan seterusnya menggunakan buku Al Hira' dan dengan izin Allah kini anakanda sudah boleh membaca dengan lebih lancar ayat-ayat bersambung seperti gambar. Subhanallah wa alhamdulillah, Allah juga yang mempermudah urusan.


Sedikit usaha adalah dengan mengaktifkan kembali reward sticker. Setiap muka yang dibaca mendapat 2 sticker. Satu sticker bernilai rm0.20 dan duit yang dikumpul boleh digunakan untuk membeli permainan yang diingini (agar anak-anak nampak hasil usaha mereka).
Maka si anak terus berusaha berlumba sesama mereka mengumpul sticker seterusnya duit. Hinggakan satu hari 4-5sesi perlu umi buat dengan setiap anak. (4x3=12 sesi...alhamdulillah walaupun penat:) )



Akhirnya mereka mampu mengumpul rm10 dalam seminggu lebih dan membeli mainan keiinginan mereka seperti gambar. Syabas anak-anak Ummi!


Pokok Cili anak-anak

Aktiviti baru kami adalah menjaga pokok Cili.
Objektif untuk ajar anak-anak tentang tumbuhan (sains) dan memupuk rasa tanggungjawab dalam diri anak-anak disamping mewujudkan suasana menarik dalam pembelajaran secara tidak langsung.

M with his cili pot

Pokok cili ni boleh didadpati di kedai-kedai seperti giant, tesco. 
Harga untuk pokok cili kami adalah RM10.
Mengapa pilih pkok cili? Sebab warna merah cili disamping kehijauan daunnya menarik untuk dijadikan hiasan disamping cilinya boleh digunakan untuk memasak.



Hari ni mengajar anak-anak yang tumbuhan memerlukan air sebagai minuman dan matahari untuk sumber tenaga. sekarang belum sesuai untuk ajar si kecil 3 tahun tentang proses fotosintesis.
Tugasan menerangkan proses fotosintesis ni mungkin akan diserahkan kepada Umar untuk menerangkannya kepada adik-adik.



Sedikit tips cara menjaga pokok cili:
1) pokok cili sangat suka cahaya matahari, dan pelrukan tempat yang kering
2) pokok cili tidak boleh terlebih air, ini akan membunuhnya. Jika daunnya kelihatan layu, rasa tanahnya, jika terlalu kering siramkan dan jika terlalu lembab letakkan di bawah matahari untuk mengeringkannya. 
3) lebih kerap dipetik cilinya, lebih banyak ptik akan terhasil
4) Pokok cili juga memerlukan baja yang sesuai terutama apabila daunnya sudah kelihatan kuning
5) Pokok cili tidak tumbuh dengan baik sekiranya pasunya terlalu besar. cukup sekadar 2-3cm sahaja keluasan pasu dari pokok. Apabila pokok cili sudah 2-3kali lebih besar dari pasu bolehlah mengubah ke pasu yang lebih besar.

Sekian..:)

didiklah anak perempuanmu menjadi...

  • 0


1.Daie'yah
Seorang yang nerusaha menghidupkan usaha dakwah Nabi saw.
2.A'limah
Fasih dalam.ilmu pengetahuan agama
3.A'bidah
Melapangkan masa hariannya untuk beribadah,zikir ,doa.Seorang yg mrnjaga solatnya.
4.Khodimah
Mahir dan suka berkhidmat untuk suami,anak-anak,ibubapa,keluarga, masyarakat.
5.Murobiyyah
Menjadi pendidik hebat buat anak-anaknya.

Tantrum & Doa lembutkan hati anak




Anak yang membesar mempunyai ragam mereka sendiri. Ada yang kerap mengamuk (tantrum) ada yang suka berlari sana - sini dan ada yang nak berkepit sahaja dengan ibubapa. Semua ini sebenarnya satu cara anak-anak mengekspresi diri mereka sama ada untuk mendapat perhatian kita (lagi-lagi zaman semua org tgk gajet), meluahkan keinginan yang tidak difahami atau luahan emosi ekstrem atas lehendak yang tak dituruti. Memang sikap anak-anak ini kadangkala menguji kesabaran kita tetapi cuba kita meletakkan diri di tempat mereka, cuba memahami anak dan banyakkan bersabar. Banyak sudah penulisan tentang bagaimana menghadapi anak tabtrum, saya percaya cara terbaik untuk approach anak adalah 'customize' pada setiap anak itu dan ibubapa yg terbaik memahami anak mereka. 
Saya nak berkongsi doa yang boleh diamalkan.Sesungguhnya hati anak-anak itu Allah yang memegangnya..apa jua usaha kita jangan lupa memohon kepadaNya..
Pastikan kita senyiasa mendoakan anak dan menyebut perkataan yang baik-baik sahaja:
1. Selalu bacakan 'Ya Latif' dan hembus dikepala anak terutama ketika mereka sedang atau hendak tidur.
2. Peluk anak setiap pagi dan berselawat dengan niat dalam hati
3.baca surah Taha ayat 1-5


4. Doa Nabi Daud sebanyak 3kali ( rujuk gambar)


5. Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff, Ya Rahman
6. Surah Ar Rahman ayat 1-4
7. Surah al Insyirah
8.surah Ali Imran  ayat 38


9.sentuh ubun-ubun kepala anak dan bisikkan harapan yang baik setiap malam ketika anak baru hendak tidur, ketika ini gelombang alpha ke theta yg bagus diserap oleh minda separa sedar anak.
10.surah Ibrahim ayat 40
11.surah al Furqan ayat 74



Doa dan zikir di atas baik utk.melembutkan hati anak dan mendoakan kebaikan buat anak-anak.Semoga anak kita menjadi zuriat soleh dan solehah. Yakinlah akan kehebatan doa Seorang IBU...






memilih mainan anak-anak

  • 0


Anak-anak  lebih  mudah  belajar  dengan  bermain.  Alat  bantuan  mengajar  atau permainan  perlu  dipilih  mengikut  kesesuaian  umur  anak-anak.  Tidak  perlu melabur  terlalu  mewah  dalam  permainan  kerana  alatan  dirumah  seperti  cermin untuk  melihat  imej,  pinggan  mangkuk  plastik,  botol  kosong  juga  boleh  dijadikan bahan  untuk  stimulasi  anak-anak.  Secara  umum,  ciri-ciri  yang  perlu  ada  dalam memilih permainan adalah: 



a.  Alatan  yang  mendorong  anak  bergerak  secara  fizikal.  Lebih  banyak anggota  yang  digerakkan  dan  terlibat  dalam  permainan  itu  akan merangsang lebih banyak pertumbuhan neuron atau saraf  otak anak. 

b. Permainan yang mewujudkan perasaan ingin tahu dan mendorong inisiatif daripada anak-anak

 c. Alatan yang boleh dibuka dan dipasang atau dibina semula

 d. Permainan yang mendorong pemikiran dan tingkah laku yang matang.  

Ajar anak-anak untuk menjaga alatan permainan mereka agar boleh digunakan untuk adik-beradik berikutnya. Susun atur mengikut kategori bagi memudahkan anak-anak memilih alatan yang sesuai dan mengelakkan bersepah. Walau semahal mana pun permainan yang diberikan, permainan terbaik bagi anak-anak adalah permainan yang disertai oleh ibu bapanya atau adik-beradik yang melibatkan komunikasi yang berterusan.  

direct instruction can limit learning..

Direct instruction really can limit young children's learning. ..





Ayat di atas memang banyak kebenarannya. Sebab itu banyak sistem pendidikan dan berubah kepada self-directed learning dan apontaneous learning. Maksudnya, kita bagi tugasan dan anak explore sendiri. Ini juga perlu dititik beratkan dalam homeschooling kita. 
Sebagai contoh, beri arahan: cuba buatkan kapal dari kotak ini, sayang.
Beri kebebasan anak berfikir dan mencari idea bagaimana dia mahu kenghasilkannya. Puji pada usaha bukan hasilnya. Anak akan explore dan secara tak langsung dia akan jumpa perkara baru lain seperti, owh kapal ada banyak bentuk, ada yg ada layar ada yang ada corong asap. Dia juga akan mula menjana neuron otak apabila berfikir alatan apa yg diperlukan. Kebolehan baru juga akan ditemui seperti kebolehan menggunakan gam atau gunting.
Berbanding apabila kita bawa kotak dan beri arahan spesifik seperti, owh tengok kotak ni,mari ibu tunjukkan cara buat kapal.(situasi nerbeza jika anak 3 tahun kebawah, ini utk anak 6tahun contohnya).
Apabila spesifik instruction,buat anak berfikir seperti dalam 'tunnel vision'. Dia akan beranggapan,owh kapal adalah seperti yg ibu buat sahaja. Alatan adalah yg ibu guna sahaja dan anak ini di spoon-feed dan kurang menggunakan kebolehan berfikir sendiri.
Interestingly, our early years child's brain lebih kepada otak kanan dimana structured learning menyebabkan kebolehan otak kanan merosot. Otak kanan lebih baik berfungsi jika aktiviti itu lebih creative, gembira dan tidak structured.