kebersamaan..

  • 0
kebersamaan semalam sungguh menyenangkan..teringat kata hassan al banna dalm risalah at-thulasa' pabila ditanya oleh seorg ikhwan.." mengapa pertemuan kali ini beliau hanya berdiam sahaja?" dijawab ringkas oleh hassan al banna, "cukup dengan melihat wajah-wajah ikhwan hatiku menjadi senang dan bersemangat"..

hati ini begitu juga..walau sukar utk diluahkan namun di sudut hati hanya Dia yang mengetahui..hati ini rindu pada sahabat-sahabat dan teman seperjuangan dahulu..kadangkala aku termenung sendirian..namun aku tidak akan terus begitu kerana perjuangan itu masih jauh..
aku bercita-cita menjadi benih yang walau dicampak kemanapun ianya akan bercambah..

dan aku tidak mahu menjadi seperti bani israel yang apabila Thalut mengatakan jangan kamu minum tetapi hanya seceduk tangan sahaja semasa dalam peperangan untuk menentang jalut..namun ada di antara mereka yang engkar... aku tidak mahu engkar dari jalan ini..yang masih jauh dan pasti banyaknya mehnah yang menanti..

pemilihan thalut sendiri sebagai raja terselit hikmah disebaliknya di mana pemilihan yang dilakukan oleh Allah untuk menerajui jalan dakwah itu kita tidak tahu siapa..dan sekali sudah diketuk pintu hati berundur jangan sekali ..
bahtera akan terus berlayar..aku ingin mengemudi bahtera itu walau gelombang melanda dan kupohon ya Allah jangan kau cicirkan aku..

No comments: