hulagu khan (review novel sejarah islam)

  • 6


Saya amat gemar membaca buku yang menaikkan semangat dan motivasi. Dalam hati saya menanam keazaman dan berdoa agar anak-anak saya menjadi insan yang menyumbang kepada kebangkitan Islam.

Sebetulnya saya baru menghabiskan novel sejarah Islam di atas. Sangat menarik dan memberi gambaran yang lebih jelas tentang sejarah Islam pada Zaman Abassiyah (red circle pd graf dibawah).. (drp "Ini Sejarah Kita") boleh download di sini

Kini saya lebih faham tentang kejadian yang terjadi pada waktu yang dibulatkan merah di atas..sewaktu Islam berada di kemuncak di zaman kegemilangan. Tapi kini di mana kita?? kita sudah berada di bawah takat beku semula (green circle) iaitu sama seperti pada zaman permulaan iaitu zaman jahiliyyah (blue circle)..

kalau xpercaya..kenapa makin banyak kes buang bayi? ini satu contoh saja belum yang lain2 lagi. dalam sebulan lebih 4 kes yang dihebahkan..berapa banyak yang xdihebahkan?? saya bekerja dihospital memang banyak kes yang xdihebahkan dan kes sumbang tetapi tidak mengandung..sedih.. saya sangat sedih membaca perkara2 begini..

marilah kita sama2 menaikkan semula Islam dan mencapai zaman kegemilangan yang pernah menjadi milik kita dahulu....bagaimana? Ini tidak dapat dicapai dengan sekelip mata tetapi memerlukan kesungguhan dan masa..ia tidak dapat dicapai berseorangan tetapi perlukan kumpulan sokongan..

pertama perbaiki diri kita kerana individu akan membentuk keluarga. Komponen keluarga akan membentuk masyarakat. Masyarakat akan membentuk negara dan seterusnya. sehinggalah kita berjaya mendapatkan khalifah islam itu semula. Kita kene mula dari sekarang..saat ini..demi masa depan anak-anak dan Islam itu sendiri.
Wallahualam.,

p/s: next in line, novel sejarah islam : Thariq Ziyad, menang atau syahid..:)


6 comments:

Lenny said...

Salam, Ana
Biasa beli buku di mana ya?

cutiecaliph said...

buku ni adik ipar ana punye..buku ni ada jual di mph juga..

Lenny said...

Buku tulisan Abd Latip Talib tidak susah dicari. Ada hampir di mana-mana kedai buku. Sekadar tanya, nak menambah senarai kedai buku yang menarik.

:)

cutiecaliph said...

ic.pustaka indonesia kt masjid india pun best juga:)

ummu mujahid said...

good review!

cutiecaliph said...

ummu mujahid: secebis usaha utk dikongsi bersama:)