pengajaran kehidupan

  • 3
image from google image

Langkah pagi ini di wad 7A terhenti apabila disergah oleh panggilan staffnurse “doktor cepat doktor..pakcik katil 23 ni lain macam aje..”

Kaki terus laju melangkah.Melihat wajah pakcik itu hati bagai disentap. Jari pantas meraba ‘carotid pulse dan mata memandang ‘cardiac monitor’ yang bergaris lurus. Anak mata pakcik juga sudah tiada tindak balas apabila disuluh. Segera katil dipanjat dan CPR dimulakan. Di sebalik kekecohan suara semua yang turut sama membantu, fikiran ini ligat mengimbas kembali setengah jam yang lalu…

Sungguh baru sebentar tadi bertegur sapa dengan pakcik ni “eh doktor kerja lagi hari ni? Tak balik ye? Takpelah doktor, dah tanggungjawab kan. Bantu orang sakit macam pakcik ni lagi-lagi bulan ramadhan ni besar pahalanya. Pakcik bangga ada anak melayu kita yang rawat pakcik. Kerja elok-elok ye nak, ikhlas kerana Allah”. Saya hanya tersenyum sambil mendengar bicara pakcik. Sungguh mendalam dan bermakna buat diri. Sungguh dalam hati berjanji pada diri sendiri, kepercayaan itu tidak akan dipersiakan, ikhlas kerana Nya. Dalam hati juga berbisik mendoakan agar pakcik ini sembuh dan dapat kembali meraikan ramadhan ini bersama keluarga walaupun jauh di sudut hati tahu kenyataan untuk pakcik pulang adalah sangat tipis dan hanya mampu berdoa semoga ramadhan ini diberi kemudahan buatnya untuk beramal.

Dikala badan berpeluh-peluh ‘mengepam’ dada pakcik dengan harapan denyutan jantung dapat dikembalikan, mata berselang seli memandang monitor dan mata pakcik yang terbuka namun seperti kosong….

Kosong…hati ini terus berdoa..Ya Allah sekiranya pakcik ini boleh dikembalikan dan itu yg terbaik maka kembalikanlah ya Allah, namun jika pergi itu lebih baik buatnya maka terima lah dia dan tempatkanlah ditempat yang terbaik…setelah 45 minutes process resuscitation dilaksanakan dan ubatan diberi, usaha menemui kegagalan..waktu kematian diumumkan..”time of death 11am..” kata-kata itu disambut dengan tangisan oleh isteri yang menemani..hati ini bagai disia-siat..pilu..Permulaan yang sayu buat diri namun amanah perlu diteruskan..

Selesai waktu kerja kaki melangkah lesu ke kereta..dalam pemanduan..kejadian tadi bagai diimbas semula di depan mata..fikrian ini ligat menghayati pengajaran disebalik peristiwa..sungguh jasad ini hanya pinjaman..bernilai dikala roh masih menghuninya..tak ubah bagaikan kereta yang dipandu…pemandu adalah roh. Setelah pemandu keluar kereta itu hanya kaku. Kaku dan static. Kosong..

Pemandu dalam pemanduan kadangkala melirik mata ke cermin melihat kebelakang..dan sepenuhnya melihat cermin hadapan arah pemanduan..Hidup juga begitu..mata dan matlamat harus terus menuju akhirat sana dan hanya kadangkala perlu di lirik ke belakang melihat dunia..andainya terlalu kerap melirik kebelakang pasti akan ‘tersasar’ arah pemanduan..semoga Allah memberi husnul khatimah buat diri ini dan semua..amin ya rabba ‘alamin…

3 comments:

transformed housewife said...

Amin. Semoga roh pakcik tu ditempatkan di kalangan org2 yg beriman.

Ummu Umar said...

insaAllah..hidup sungguh hanya sementara kan..

Timmy said...

salam Ana,

Glad so see u back in writing after such a long silence...rindu nak baca blog awak ni...

anyway, k timmy nak mula ajar faiq mengaji but sincerely tak tau mcm mana nak mula. Faiq dah hafal most surah lazim just tak tahu baca lagi. any idea how to start> ye la cara kita belajar dulu2 might not be suitable to kids nowadays kan...