Memang banyak ilmu tentang breastfeeding yang kita boleh dapati baik online atau offline dan kini ramai breastfeeding consultant yang ibu-ibu boleh hubungi untuk mendapatkan nasihat atau penyelesaian tentang masalah dalam penyusuan susu ibu. Namun saya terpanggil untuk menulis tentang kesan kurang ilmu penyusuan susu ibu terhadap ibu atau kata lain secara positifnya kebaikan penyusuan susu ibu kepada ibu.
Antara topik yang banyak dibincangkan adalah kebaikan breastfeeding kepada bayi dan ilmu untuk menambah produksi susu ibu tetapi agak kurang tentang kesan kepada ibu. Selama saya berada di jabatan pembedahan am, saya bertemu dengan ramai ibu-ibu yang masih dalam tempoh berpantang sehingga setelah 2 tahun menamatkan tempoh penyusuan. Mereka datang dengan 'nanah di dalam payu dara'.
Saya amat kasihan kerana kebanyakan mereka tidak tahu cara menyusukan anak, beza antara mengepam dan direct feeding kepada bayi, dan bila ingin mendapatkan rawatan.
Image di sebelah ini saya browse daripada google image tetapi gambarnya adalah amat hampir dengan yang saya temui. Gambar paling atas ketika belum dirawat, gambar tengah incision to drain the pus dan bawah sekali setelah sembuh. Adakalanya tidak sembuh baik dan menjadi parut dan mengganggu secara kosmetik utk ibu.
Ibu-ibu itu datang dengan bengkak di dada, demam kebah dan surut berhari-hari, bertukar warna kulit dada. Apabila pemeriksaan dilakukan memang dada keras dan panas. Ultrasound akan menunjukkan 'abcess or multiloculated abcess'.
Antara sebab yang diberikan:
1) saya hanya mengepam kerana anak tidak mahu susu direct (pengepam tidak akan keluarkan susu secara lengkap)
2) saya berhenti menyusukan dengan serta merta dan membiarkan sahaja dada bengkak dengan harapan bengkak dan susu akan kurang sendiri (masih perlu keluarkan susu itu tetapi jarakkan waktu penyusuan sehingga lama-kelamaan kering sendiri)
3) puting tidak sesuai untuk mulut anak (pasti ada cara penyelesaian, sekiranya inverted nipple boleh cuba suction method untuk keluarkan nipple itu)
Kesannya, apabila susu tidak completely emptied, pus developed and it grows bigger and need either aspiration or incision and drainage to resolve it. Antibiotics only work once it is still small.
Direct breastfeeding is the only effective method to prevent this. Dapatkan nasihat dan rawatan awal sekiranya ada masalah dengan penyusuan..
2 comments:
anamin,
tq for the info..aku ngeri gak bile bace ade ibu2 yg kene mastitis nie..mintak2 dijauhkan..takut aku..
uhuhuuh..
tuhla..breastfeeding ni bukan isu main-main..kene breastfeed baby betul-betul!
Post a Comment