Apabila di imbau kenangan zaman remaja, salah satu perkara besar yg berlegar dikepala ketika itu adalah isu mencari identiti diri. Pada waktu itu mulalah 'meninjau-ninjau' potential idola seperti tokoh korporat,menteri dan tak ketinggalan di kalangan artis sendiri. Ini adalah lumrah. Sememangnya di usia remaja kita mula mencari 'siapa' diri kita dan bagaimana aku harus jadi sekarang seterusnya 10 atau 20 tahun akan datang.
Walaupun ianya lumrah tetapi ia adalah isu besar dan sangat penting. Isu PENCARIAN IDENTITI ini perlu diarahkan ke sasaran yang betul kerana jika kita perhatikan disekeliling kita pelbagai personaliti dan identiti barat menjadi pilihan remaja kita sehingga tiada lagi 'izzah atau bangga terhadap identiti Islam. Malahan ada yg malu utk mengamalkan cara hidup islam dikalangan rakan-rakan sendiri.
Maka disini JATIDIRI mukmin itu perlu disemai dalam diri kita sebagai remaja dan kita perlu yakin cara hidup Islam adalah yg terbaik. Jatidiri atau juga prinsip dan pendirian hidup sebagai muslim memastikann kita tidak tersasar dari cara hidup yang diredhai Allah.
Tapi bagaimana membina jatidiri?
Pertama sekali kita perlu jelas matlamat hidup kita yang sebenar iaitu mencari REDHA Allah. Perumpamaan hidup tanpa matlamat seperti memandu tanpa destinasi yg ingin dituju. Apa yg akan berlaku adalah kereta akan dipandu tanpa halatuju dan akhirnya akan terhenti dimana sahaja ataupun kembali ke tempat mula. Pembaziran masa, minyak dan tenaga berlaku. Kehidupan juga begitu. Tanpa matlamat banyak kerugiannyg berlaku tanpa kita sedari.
Dengan memiliki matlamat, secara tidak langsung jatidiri mudah dibina dan dipertahanlan dalam apa jua keadaan dan menghadapi pelbagai kekeliruannatau masalah dalam hidup.
Contohnya,apabila menyambung pelajaran di luar negara, pelbagai soalan ditujukan seperti mengapa memakai tudung? Adakah kerana tidak punya jati diri dan kita malu dilihat 'asing' maka kita menukar cara pemakaian menurut cara barat dengan alasan meng 'adaptasi' diri dalam komuniti?
Kedua, kita perlu sedar dan kenal diri kita merupakan seorang MUSLIM. Muslim yang dibekalkan dengan ‘manual’ kehidupan iaitu Al-Quran. Analogi kedua adalah seperti peti sejuk. Apabila kia membeli peti sejuk sudah pasti kita akan diberi ‘manual’ atau cara pengendalian peti sejuk itu. Tercatit aturan-aturan penggunaan agar peti sejuk itu tahan lama contohnya tidak meletakkan air panas didih kedalam peti sejuk kerana akan menjejaskan kestabilan suhu didalamnya. Jika kita terus melanggar aturan itu pasti peti sejuk tadi akan rosak. Begitu juga kehidupan kita hari ini. Identiti yang ROSAK adalah kesan daripada tidak mematuhi ‘manual’ kehidupan yang dibekalkan oleh pencipta kita dan ala mini iaitu Allah swt.
Sekiranya kita jelas hala tuju dan sedar dengan jelas bahawa kita seorang Muslim beratlamat pasti jatidiri akan terbina seterusnya mebuahkan identiti dan personality diri yang cukup hebat dan unggul.
Tiada guna sekiranya memiliki pencapaian akademik yang tinggi namun identiti berkiblatkan kebaratan .Hanya muslim yang sedar dirinya muslim yang memiliki matlamat tahu cara islam adalah gaya hidup sebenar yang akan menyelamatkannya di dunia dan akhirat.
Kadangkala terdengar suara yang menganggap imej muslimah adalah kuno dan tidak sesuai dengan kemodenan zaman sekarang. Ia sebenarnya adalah bergantung kepada apa ‘kiblat’ hidup anda. Sekiranya kita berkiblat dan membanggakan barat yang cirinya hanya cenderung memuaskan nafsu manusia pasti kita akan bersetuju dengan kenyataan tadi. Tetapi sekiranya kita jelas yang imej muslimah itu yang akan menyuburkan dan memelihara kesucian seorang wanita seterusnya menjana masyarakat bertamadun pasti imej ini akan terus dibela. Ternyata sudah ramai professional di luar sana yang berimej muslimah namun terus mengorak kejayaan demi kejayaan dalam kehidupan seterusnya menambah ‘saham’ akhirant mereka.
Ketiganya, siapa rakan kita dan kumpulan yang sering kita gauli memainkan peranan dalam membentuk jatidiri kita. Bukan maksud saya disini bahawa kita yang berjatidiri muslim hanya perlu bersahabat dan bergaul dengan orang melayu atau muslim sahaja. Maksud saya adalah
Terang bahawa kita perlu ada 'izzah atau bangga dengan agama Islam yang kita anuti sejak lahir. Malah kita sepatutnya mempertahankan aqidah dan memberi maklumat kepada yang bertanya tentang tidung tadi twntang gama Islam. Kita perlu memiliki nilai syahadah yang sempurna dan kemudian berdepan dengan Barat dengan cara yang terhormat.
Dan ini jelas sekali memerlulan jati diri. Kita tidak perlu merendah diri atau mengalah dengan identity barat sehingga melebur jatidiri kita sebagai Muslim sejati.
Apabila melihat individu yang tidak punya jatidiri sebenarnya umpama lalang yang sekejap kekanan dan sekejap le kiri kerana ditiup 'angin'. Dan ini sebenarnya memperlihatkan kelemahan diri individy itu sendiri swhingga mengundang kurang hormat daripada individu lain kepadanya.
"Sibghah Allah" Siapa yang lebih baik sibghah-Nya daripada Allah? Dan kepadaNya kami menyembah" (Al-Baqarah:138)
No comments:
Post a Comment