seribu sesalan seorang ibu muda

  • 0

Di kala membaca ucapan-ucapan hari ibu yang dikirim, timbul rasa kesyukuran yang tidak terhingga atas peluang merasai peranan seorang 'ummi'. Namun ini mengingatkan saya kepada kisah seorang bayi di hospital tempat saya bekerja. Semalam Allah memberi peluang untuk lebih menghargai pemberian Allah dan bersyukur dengan nikmat anak,keluarga rezeqi dan segalanya yang tak terhitung oleh saya. Subhanallah!Allahuakbar!

Pagi seperti biasa saya melaksanakan tanggungjawab rutin di wad untuk memeriksa bayi-bayi di bilik 'phototherapy' utk rawatan jaundice atau kuning.

Namun seorang bayi yang TIDAK jaundice di tempatkan disitu. Kemusykilan mendorong saya untuk memulakan pemeriksaan pada bayi ini.

Rupanya dia disitu kerana ibunya yang masih muda berusia 24 TAHUN masih ditahan di unit rawatan rapi kerana semasa kelahiran SISTEM PERANAKANnya turut DIBUANG (hysterectomy) kerana pendarahan.

Saya terus meneliti fail bayi ini kerana curious ingin tahu kenapa ibu semuda 24tahun ini dibuang rahimnya. Lalu terlihat bahawa bayi ini adalah kandungan ketiga bagi ibu. Tetapi yang menyedihkan bayi ini juga adalah kandungan yang ketiga tanpa bapa yang sah. Akibat menggugurkan kandungan terdahulu kini si ibu menghadapi masalah pendarahan akibat placenta accreta (uri tertanam hingga lapisan otot rahim bukan di lapisan terluar rahim shj)kemungkinan besar akibat proses pengguguran yg lepas.

Saya rasa kesal dan sedih. Ibu ini umpama meragut kebahagiaan sendiri akibat nafsu yang tidak dipandu dgn iman. Nikmat kebahagiaan utk memiliki zuriat bersama suami yang sah tidak dapat lagi dikecapi. Pelbagai masalah psikologi dan emosi akan terus dirasai hanya kerana 'keseronokan' sementara yang mengundang seribu satu 'kesesakan' jiwa.

Sungguh hidup hanya seketika.Terlalu singkat untuk dipersiakan dengan melayan nafsu al hawa'.

Bagi saya adalah satu yang sangat pelik sekiranya ibu tadi masih tidak terkesan dan insaf dengan apa yg terjadi.

Cara Allah 'menghadiahkan' hidayah buat setiap hambanya adalah berbeza-beza.Walaupun salah itu disebabkan kelemahan diri kita sebagai manusia namun ianya sudah tersurat. Mungkin buat ibu tadi ujian yg hebat ini diperlukan utk hidayah itu menembusi kalbunya. Allah pasti tidak menguji hambanya dengan apa yang tidak mampu digalasnya.

Buat kita yang 'disajikan' dengan drama dipentas realiti dunia ini patut memgambil iktibar dan menguatkan usaha kita munujuNya dan menyeru kepadaNya.

Tidak akan cukup dgn hanya anak dan keluarga kita sahaja yang baik tetapi masyarakat sekitar rosak. Analoginya adalah seperti penyakit berjangkit... jika anak kita sahaja yg sihat tetapi jiran,rakan sekolah dan masyarakat batuk,selsema dan lebih teruk lagi mengalami batuk kering berdarah,lambat laun anak kita akan ter'jangkit' jua. Dan jika tidak dirawat pasti menjadi teruk dan boleh menyebabkan MAUT!!

Wallahualam..

No comments: