Khadijah melihat jam di telefon pukul 430 am.Dia lantas bangkit dari tidur.Badan masih terasa sakit-sakit dan keletihan dari penangan oncall yang sibuk malam kelmarin. Melihat anak-anak masih lena di ulit mimpi, dikejutkan suami untuk sama-sama bertahajjud kepadaNya. Usai solat sayup-sayup Quran dibaca sebagai santapan batin untuk menghadapi rutin harian yang hampir tiada kesudahannya.Sementara menunggu waktu subuh Khadijah segera turun menyiapkan keperluan anak-anak untuk ke nurseri pada hari itu dan mengemas-ngemas sedikit rumah. Memang in menjadi rutin hariannya memandangkan dia tiada pembantu rumah buat masa ini.
Masa yang tersisa digunakan menyelak buku-buku ilmu tidak kira tentang peubatan dan juga tabiyyah ruhiah untuk jiwa. Dalam perjalanan ke hospital, mulut berkumat kamit membaca mathurat dan zikir-zikir.Sungguh tenang dirasakan keheningan pagi sambil menghayati keindahan warna segar di langit Ilahi. Sungguh hati Khadijah yakin, kecemerlangan dan keselamatan pesakit memerlukan jaminan dan bantuan dari Allah jua.Kadangkala manusia ini ada kelemahannya.Apabila tanggungjawab terlalu banyak menyesak minda pasti akan ada yang bisa terlupa namun dengan izin Allah jika sesuatu itu dalam redhaNya pasti akan dipermudahkan oleh Allah. Bekerja di hospital bukan seperti dipejabat, Khadijah perlu pandai- pandai mencari atau meluangkan masa untuk menghambakan diri kepadaNya.Teringat di suatu ketika di posting-posting yang lepas, waktu maghrib adalah antara waktu kritikal kerana diwaktu itulah solat perlu dilaksanakan dalam waktu yang tidak panjang dan waktu itu juga rondaan malam akan dimulakan.Rondaan bermula jam 7 malam dan mengambil masa hampir 2 jam untuk selesai melihat keseluruhan pesakit.Di kala ini neraca langit perlu diutamakan dalam menilai prioriti dalam hidup. Kemuliaan disisi Allah itu jika dikejar pasti kemuliaan disisi manusia juga boleh diperolehi.
Lantas terpancul dari lidah Khadijah untuk menuntut haknya sebagai Muslimah dalam negara Islam untuk bersolat.
" Dr Teoh, minta izin saya nak sembahyang sekejap ye.5 minit je."
" emm, ok-ok faster be back yeah. But why before this your friend never ask time to pray?"
" oh maybe they cant pray Dr.." bergegas Khadijah bergerak ke bilik rehat doktor.
Wudhu' memang sudah siap-siap diambil sebelum waktu rondaan bermula. Dengan pakaian yang sedia terpakai Khadijah menunaikan solat maghrib dan berdoa agar rahmat dan kasih sayang Allah bersamanya dan keluarga sentiasa dana apa jua urusan yang dilaksanakan.
Sudah menjadi kebiasaan oncall Khadijah sering sibuk. Jarang sekali dia punyai masa untuk tidur. Kerana terlalu sibuk, solat Isyak hanya bisa ditunaikan jam 3pagi. Sewaktu masuk kebilik rehat doktor untuk bersolat kelihatan seorang teman yang turut oncall tertidur keletihan. Maka dikejutkan sebentar oleh Khadijah. "Nina awak dah solat isyak ke?"
"Uh..hari ni saya sibuk sangat..dah tak larat badan ini..bukan isyak saja Dijah tapi solat zuhur sampai Isyak saya 'burn'"
"Astaghfirullah Nina, jom bangun solat sekarang..masih ada waktu ni.."
"Saya tak larat la..ni jekla 10minit yang mungkin saya ada untuk tidur..awak solat la Dijah..saya nak tidur.."
Khadijah sedih mendengar kenyataan temannya itu yang sungguh bersahaja tanpa rasa bersalah..Khadijah cuba sekali lagi mengejutkan namun dimarahi Nina , maka dia berlalu segera bersolat sebelum melaksanakan kerja-kerja yang menanti.
Teringat dia pada seorang pesakit yang dirawat tadi.
"Dik, panjangnya kuku ni..bahaya ni tangan awak ni dah la patah..takut tak kene wudhu' ni nanti"
Sambil tersenyum pesakit itu menjawab pertanyaa Khadijah tadi.."ala doktor, saya memang tak sembahyang pun.."
"eh betul ke ni dik..tak baik macam tu..awak kemalangan motor berlanggar dengan lori, ini umpama peluang kedua yang Allah berikan..awak patut bersyukur dan bersolat.." nasihat Khadijah dengan lembut sambil membuka balutan di tangan pesakit itu..
Bukan tujuan Khadijah untuk menyibuk hal peribadi pesakit itu tetapi ini satu tanggungjawab yang akan dipersoal suatu masa nanti. Dan mungkin ini satu-satunya peluang untuk hidayah itu mengetuk pintuhatinya..
Khadijah tunduk ..sesak rasa di dada memikirkan jatidiri muslim dalam diri kita yang semakin dimamah kemodenan dan gaya hidup yang jauh dari Islam..
"Astaghfirullah..ya Allah jadikan diriku, suamiku, anak-anakku orang-orang yang mendirikan solat dan beriman teguh kepadaMu.." doa rintihan Khadijah dalam hatinya..
Iktibar buat diri ini..
Bila di lihat kisah benar di atas, terfikir sendiri di mana kekuatan kita sebagai umat Islam. Kita sudah kehilangan jati diri muslim yang unggul. Kita tidak lagi berpaksikan kepada neraca langit tetapi sebaliknya memilih untuk mencari redha manusia daripada redha Allah. Kerjaya itu bukan segalanya tetapi hak Allah itu yang akan menjamin di mana kita akhirnya.
Ramai yang merasakan cemerlang dalam kerjaya menjadikannya zero kepada hero..tetapi sebenarnya jika tidak disulami dengan kehebatan keyakinan dan pergantungan kepada Allah maka sebenarnya kita adalah hero ke zero..mungkin hero di mata dunia tetapi zero di sisi Illahi , nauzubillah..
No comments:
Post a Comment