inspirasi ummi: tips mempermudah kerja-kerja rumah

  • 2
Bismillahirrahmanirrahim,

Wanita zaman ini kebanyakannya adalah wanita berkerjaya dan pada waktu yang sama menggalas tanggungjawab sebaga surirumahtangga. Walaupun kadangkala boleh terasa keletihan dan ingin merungut namun yakinlah bahawa itu semua adalah peluang untuk kita membuat bakti kepada keluarga dan paling penting mendapat ganjaran pahala daripada yang Esa jika diniatkan untuk mendapat redhNya.

Saya bukan yang terbaik namun saya yakin 'sharing is caring' dan dengan berkongsi cerita kita boleh memberi inspirasi dan idea baru kepada sahabat-sahabat di luar sana yang mempunyai tanggungjawab yang sama.

Sebolehnya saya akan cuba memudahkan kerja-kerja yang meremehkan yang membuatkan masa mudah terbuang. Sebagai Daie, isteri, ibu, anak dan doktor saya amat memerlukan masa untuk memainkan peranan saya agar tidak dipersoal dikemudian hari.

Antara yang saya korbankan adalah waktu tidur; dipendekkan agar lebih banyak masa untuk perkara lain dan mengurangkan keremehan kerja rumah tetapi pada masa yang sama tidak melibatkan belanja yang besar seperti:




jadual memasak
1) kain baju
tidak perlu melipat kain: bukan dengan menghantar ke dobi, tetapi menggunakan mesin basuh yang berkapasiti agak besar agar baju boleh dibasuh 2hari sekali. Baju-baju disidai menggunakan 'hangers' dan setelah kering terus disangkut pada penyangkut baju yang agak panjang. Ini menjimatkan masa daripada melipat baju-baju. Baju anak-anak dan suami digantung sama agar tidak sukar untuk dicari. Bersepakat dengan suami untuk menggosok baju sendiri jika boleh.

2)memasak
membuat jadual untuk memasak untuk sekurang-kurangnya 2minggu atau sebulan jika boleh. Mungkin ini nampak remeh tetapi secara peribadi saya dapati cara ini menjimatkan waktu, duit dan kekerapan ke kedai. Bagi saya jika idea menu sudah ada, acara memasak itu akan lebih pantas. Semua barang-barang dibeli sekali jika kekedai dan insyaAllah xperlu berulang kerana tidak cukup bahan. Rancang masakan yang bahan asasnya lebih kurang sama agar bahan-bahan mentah tidak rosak kerana berbaki. Dengan adanya 'menu planner' ini juga boleh membantu dalam memastikan keseimbangan makanan seharian kita sekeluarga.




3) anak-anak
"ruang untuk anak-anak berekplorasi serta memudahkan
ibu melakukan kerja-kerja rumah"

Anak-anak adalah aset utama dan paling penting amanah dari Allah. Bagi saya tidak patut jika terlalu mementingkan kerja-kerja rumah sehingga anak-anak terabai. Bagi saya perancangan untuk anak-anak itu adalah paling utama selepas untuk keperluan rumah. Saya akan cuba memperuntukan 20% masa setiap akhir bulan untuk merancang untuk bulan seterusnya. Bagi anak-anak saya menyediakan ruang yang selamat dan menarik untuk mereka meng 'ekspresi' kan ke kreatifan dan idea mereka serta menggalakkan mereka bergerak bebas seterusnya melahirkan rasa yakin diri. Penyediaan ruang seperti ini sebenarnya memudahkan kerja para ibu juga. Anak-anak boleh melakukan aktiviti mereka semasa ibu di dapur menyediakan makanan. Ini juga dapat megurangkan waktu yang dihabiskan didepan televisyen. Mereka juga akan mula membuat pilihan dan keputusan tentang apa yang mereka ingin lakukan dan ibu tetap perlu menyelitkan peranannya dalam aktiiti anak-anak ini untuk memantau dan memberi idea tambahan:)






"anak-anak perlu diajar untuk mengemas
mainannya sendiri"
4) anak-anak membantu kerja rumah
latih anak untuk bertanggungjawab terhadap barang-barang dan keperluan mereka. Sebagai contoh, setelah pulang dari nurseri/tadika umar akan mengeluarkan baju-baju yang kotor dari dalam bagnya dan meletakkan di dalam mesin basuh. Botol air kosong diletak di sinki dan terus mandi. Bukan untuk membuli tetapi percayalah dengan memberikan tanggungjawab boleh mematangkan anak-anak. Selalu berbincang dengan anak-anak apa perancangan hari itu dan berbincang akan kesan jika mereka melakukan satu kesalahan.




mungkin ini dahulu yang boleh dikongsikan..mungkin nampak kecil tetapi percayalah dengan mengubah sesuatu yang kecil boleh memberi impak yang besar dalam mempermudahkan urusan harian anda...biiznillah.. berdoalah kepada Allah dan yakinlah ganjaran dariNya atas pengorbanan kita di dunia fana ini..

2 comments:

Anonymous said...

good!

Lina said...

info yg sgt berguna