inspirasi Ummi: perkongsian perjalanan hafazan kami

  • 0

Dalam menjalani kesibukan hidup yang tak berkesudahan, kami, iaitu umar dan umi meneruskan perjalanan hafazan kami yang agak perlahan namun alhamdulillah konsisten. Memang pada asalnya harapan ummi menggunung tinggi agar umar dapat menghabiskan hafazan juzu' ammar sebelum usia umar 5 tahun. Namun kesibukan ummi menyebabkan semuanya tertunda sehingga kini.

Walau bagaimanapun, perjalanan hafazan ini semakin dipermudah Allah. Mungkin dulu semasa awal proses menghafal, umar memerlukan hampir satu jam untuk menghafal 5 ayat tetapi kini alhamdulillah umar boleh menghafal 5-6 ayat dalam 10mins.

Sesi hafazan kami memang pendek-pendek supaya tidak bosan dan mendesak fikiran. Target kami adalah satu hari satu surah dan jika surah yang melebihi 5 ayat target berubah hingga ke 2 atau 3 hari. Ini agar ayat sedikit2 yang dihafal kekal dalam fikiran dan tidak menjadi beban kepada umar yang fitrahnya masih suka bermain.

Sebelum tidur kami akan mengulang bacaan hafazan dan paling comel, thariq akan turut serta mengikut bacaan walaupun pelat. Ia diselang seli dengan kemesraan dua beradik ini yang sangat membahagiakan. Alhamdulillah.


Thariq alhamdulillah pada usia 2tahun kini sudah boleh mengenal huruf-huruf hijaiyah. Setiap anak memiliki cara dan kemahuan tersendiri, mengajar thariq agar mencabar berbanding umar.

Untuk ummi pula, sebagai seorg yang sangat padat jadual dan tanggungawab, saya turut menghafal dan motivasi untuk menghafal ini sangat terdorong apabila melihat kesungguhan umar menghafal.


Kaedah ummi lain sedikit daripada umar, ummi mengaplikasikan kaedah jibril dimana umi menghafal at least 3 ayat satu hari. Mungkin ini sangat sedikit bagi setengah-setengah individu namun bagi saya biarlah sedikit asalkan konsisten. teknik ini boleh diperlajari daripada buku kaedah Jibril yang sungguh memotivasikan.

Wallahualam


No comments: