'Mind Mapping' bersama anak-anak

  • 0

Saya memang gemar menggunakan mid map sejak sekolah rendah sama ada untuk mengeluarkan isi penting, mengeluarkan idea untuk  mengarang atau berucap, planning, membuat nota semasa study bagi memudahkan 'recall dan review' buat kali terakhir sebelum peperiksaan.
warna menarik dan imej menarik minat anak-anak

Saya merasakan ianya dapat meleraikan kekusutan dan meringankan kepala.Ianya bermanfaat untuk menguasai bahan bacaan seterusnya memudahkan pengucapan awam.


Jadi saya secara perlahan-lahan mendedahkan kaedah ini kepada anak-anak.


Kami mula dengan mind map yang mudah seperti Rukun Islam, perancangan cuti dan mengeluarkan nasihat-nasihat penting dari buku cerita 'Lukmanul hakim'.
(saya terlupa untuk mengambil gambar semasa aktiviti ini).

Umar agak senang dengan kaedah ini dan dia gemar melihat warna-warni dan imej yang boleh dimasukkan dalam mind mapnya.
antara faedah yang boleh diperoleh

  • nota hanya satu muka
  • menjimatkan 90% masa daripada membaca tulisan yang panjang
  • menguatkan daya ingatan dengan 'recall' and 'review' dengan mudah
  • memudahkan aktiviti speed reading

No comments: