Tantrum & Doa lembutkan hati anak

  • 0



Anak yang membesar mempunyai ragam mereka sendiri. Ada yang kerap mengamuk (tantrum) ada yang suka berlari sana - sini dan ada yang nak berkepit sahaja dengan ibubapa. Semua ini sebenarnya satu cara anak-anak mengekspresi diri mereka sama ada untuk mendapat perhatian kita (lagi-lagi zaman semua org tgk gajet), meluahkan keinginan yang tidak difahami atau luahan emosi ekstrem atas lehendak yang tak dituruti. Memang sikap anak-anak ini kadangkala menguji kesabaran kita tetapi cuba kita meletakkan diri di tempat mereka, cuba memahami anak dan banyakkan bersabar. Banyak sudah penulisan tentang bagaimana menghadapi anak tabtrum, saya percaya cara terbaik untuk approach anak adalah 'customize' pada setiap anak itu dan ibubapa yg terbaik memahami anak mereka. 
Saya nak berkongsi doa yang boleh diamalkan.Sesungguhnya hati anak-anak itu Allah yang memegangnya..apa jua usaha kita jangan lupa memohon kepadaNya..
Pastikan kita senyiasa mendoakan anak dan menyebut perkataan yang baik-baik sahaja:
1. Selalu bacakan 'Ya Latif' dan hembus dikepala anak terutama ketika mereka sedang atau hendak tidur.
2. Peluk anak setiap pagi dan berselawat dengan niat dalam hati
3.baca surah Taha ayat 1-5


4. Doa Nabi Daud sebanyak 3kali ( rujuk gambar)


5. Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Latiff, Ya Rahman
6. Surah Ar Rahman ayat 1-4
7. Surah al Insyirah
8.surah Ali Imran  ayat 38


9.sentuh ubun-ubun kepala anak dan bisikkan harapan yang baik setiap malam ketika anak baru hendak tidur, ketika ini gelombang alpha ke theta yg bagus diserap oleh minda separa sedar anak.
10.surah Ibrahim ayat 40
11.surah al Furqan ayat 74



Doa dan zikir di atas baik utk.melembutkan hati anak dan mendoakan kebaikan buat anak-anak.Semoga anak kita menjadi zuriat soleh dan solehah. Yakinlah akan kehebatan doa Seorang IBU...






No comments: