memilih mainan anak-anak

  • 0


Anak-anak  lebih  mudah  belajar  dengan  bermain.  Alat  bantuan  mengajar  atau permainan  perlu  dipilih  mengikut  kesesuaian  umur  anak-anak.  Tidak  perlu melabur  terlalu  mewah  dalam  permainan  kerana  alatan  dirumah  seperti  cermin untuk  melihat  imej,  pinggan  mangkuk  plastik,  botol  kosong  juga  boleh  dijadikan bahan  untuk  stimulasi  anak-anak.  Secara  umum,  ciri-ciri  yang  perlu  ada  dalam memilih permainan adalah: 



a.  Alatan  yang  mendorong  anak  bergerak  secara  fizikal.  Lebih  banyak anggota  yang  digerakkan  dan  terlibat  dalam  permainan  itu  akan merangsang lebih banyak pertumbuhan neuron atau saraf  otak anak. 

b. Permainan yang mewujudkan perasaan ingin tahu dan mendorong inisiatif daripada anak-anak

 c. Alatan yang boleh dibuka dan dipasang atau dibina semula

 d. Permainan yang mendorong pemikiran dan tingkah laku yang matang.  

Ajar anak-anak untuk menjaga alatan permainan mereka agar boleh digunakan untuk adik-beradik berikutnya. Susun atur mengikut kategori bagi memudahkan anak-anak memilih alatan yang sesuai dan mengelakkan bersepah. Walau semahal mana pun permainan yang diberikan, permainan terbaik bagi anak-anak adalah permainan yang disertai oleh ibu bapanya atau adik-beradik yang melibatkan komunikasi yang berterusan.  

No comments: