agar anak hidup bersama Al-Quran

  • 0

Dalam kehidupan sebagai seorang ibu..yang paling saya takuti ialah tidak dapat mendidik anak untuk dekat dengan Nya.nauzubillah.

terlalu takut sekiranya tersalah langkah.kerana anak itu amanah.

Semoga Allah memelihara kita agar sentiasa dalam jalanNya..insyaAllah..

Mencari-cari maklumat dan terjumpa ini untuk dikongsikan..

"Agar Anak Selalu Hidup Bersama al-Quran"

1.mengenalkan
bila? seawal mungkin dgn approach yg sesuai. Cth: baby- bacakan Quran dihadapn baby, toddler: beri peluang anak memegang al Quran dan ceritakan tentang Al-Quran (walaupun anak masih tidak boleh bercakap lagi)

2.memperdengarkan:
seboleh-bolehnya semenjak dari dalam kandungan lagi..dan setiap hari dalam hidupnya..

3.menghafalkan:
ibu bapa harus menghafal juga utk menggalakkan si anak menghafal sama..tauladan adalah penting utk memotivasi anak2..mulakan dengan surah yg mudah dan pendek..sesetengah ibu bapa mahu anak fasih mengaji dahulu baru mula menghafal tetapi tidak salah jika ingin mula sebelum itu..

4.membaca:
seperti mengajar membaca buku.membaca Quran bersama-sama turut memberi impak positif buat anak..selain membantu anak fasih membaca secara tidak langsung keyakinan diri anak bertambah apabila membaca bersama-sama..

5.menulis:
apabila anak sudah boleh100_4555 menulis arab, bersama-samalah menulis ayat-ayat Al-Quran dan disemak oleh ibu bapa agar betul apa yg ditulis..ia turut membantu mengukuhkan ingatan anak terhadap ayat itu dan membantunya menghafal..

6.mengkaji:
di dalam Al-Quran terkandung terlalu banyak ilmu yang boleh dibicarakan dan dikaji bersama..ibu bapa boleh memulakan kajian ini sejak dari anak itu kecil.mungkin dgn mengadakan satu sesi kaji al-Quran bersama selepas solat jemaah dan sebelum tidur.. seperti 'bedtime stories'

7.mengamal dan memperjuangkan:
ilmu tanpa amal umpama pokok idka berbuah..amalkan ilmu yg dibaca,dihafal dan dikaji..serta perjuangkan agar setiap mukmin di muka bumi ini merasai keindahan Al-Quran dan tidak dibiarkan sebagai hiasan sahaja..

Wallahualam..sama-samalh kita usaha mencari redhaNya!Tangan yang mendodoi anak bisa menggoncang dunia!=)

No comments: