mengurus jiwa

  • 0
Dalam kesesakan di jalan raya kuala lumpur, petang-petang dalam pukul 6 lebih saya amat suke mendengar perbincangan 'cerna minda' di radio IKIM.fm.

Tajuk yg dibentangkan baru-baru ini saya rasa sangat bagus. Kerana ia jarang dibincangkan especially dari perspectif Islam dan ia merupakan komponen besar yang menyumbang dalam kemajuan seseorang di dunia dan seterusnya akhirat,


Kita selalu dengar tentang emotional intelligent / EQ tetapi apabila mendengar perbincangan ini saya sedar 'mengurus jiwa' itu adalah lebih besar..bukan sekadar emosi sahaja malah segalanya..

Dan terasa amat-amat berysukur kerana Islam adalah agama fitrah yang jika kita telusi sehalus-halusnya kita pasti akan ketemu dengan jawapan bagaimana untuk mengurus jiwa.

Setinggi mana pun seseorang itu dari segi jawatan atau statusnya dalam masyarakat, sekiranya pengurusan jiwa tidak baik maka semuanya akan buruk.

Apabila berbicara tentang jiwa, saya sering mengaitkannya dengan hati..dan secara fizikalnya dimanakah 'hati' menurut islam itu? sudah semestinya bukan 'liver' atau 'heart' organ dalaman kita yang penitng..tetapi ia adalah subjektif..ianya naluri atau iman..wallahualam..

ini mengingatkan saya tentant hadis tentang hati..

"ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging, yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad, dan apabila ia rosak, rosaklah seluruh jasad, ketahuilah ia adalah HATI.."

salah satu cara juga yang diketengahkan untuk mengurus jiwa adalah tidak menganggap kehidupan dan tanggungjawab di dunia ini i.e. anak-anak etc sebagai beban tetapi sebagai amanah dan cara utk kita invest demi kebahagiaan di akhirat.

Kebergantungan kepada Allah adalah point utama yang perlu ada dalam diri kita. Teringat tentang ketabahan hati seorang wanita bernama Zainab al-Ghazali yang sungguh hebat pergantungannya pada Allah sehingga segala ujian yang tak termampu dibayangkan bahkan utk mengalaminya sendiri..tetapi dengan ikatan dan 'urusan' jiwa yang baik anatara beliau dengan Allah dapat memberi ketenteraman buat dirinya,..


hanya mahu berkongsi antara isi yang diperbincangkan dalam 'cerna minda':

-selidik diri sendiri, kenal pasti masalah dan cuba selesaikan
-ilmu: carilah ilmu, jiwa yang kosong dengan ilmu terutama ilmu addin (agama) akan membentuk minda yang sempit seterusnya tingkahlaku yang tidak sempurna
-bersangka baik pada Allah dan manusia
-zikir berpanjangan kepada Allah
-bersabar dan bersyukur serta memaafkan orang lain

sesungguhnya kunci terbaik adalah kembali kepada fitrah kita iaitu Islam itu..bukan Islam sebagai kata nama tetapi 'islam' sebagai kata kerja..wallahualam..

ubat hati yang boleh diamalkan ada 5:

-baca Quran dan maknanya (tadabbur sekali)
-dirikan solat malam
-Bersama-sama dengan orang soleh
-banyakkan berpuasa
-perbanyakkan zikir especially malam hari


Semoga kita sentiasa dalam rahmat ALlah kerana hanya Dia yang berkuasa memberikan ketenangan jiwa buat kita.insyaAllah..wallahualam







No comments: