Candidiasis in pregnancy

  • 0
Sepanjang pengalaman mengandung terutama anak yang pertama, pelbagai masalah dihadapi oleh ibu-ibu. Tidak dinafikan ada proses kehamilan yang tidak mendatangkan sebarang masalah. Tetapi majoriti akan menghadapi at least sedikit ketidakselesaan.

Antara perkara-perkara yang sering berlaku adalah, muntah-muntah biasa atau berlarutan (hyperemesis gravidarum), kekejangan saraf kaki, bengkak kaki, kekebasan pergelangan tangan (carpal tunnel syndrome), jangkitan yis candida (candidiasis in pregnancy) dan sebagainya.

kebanyakan ibu-ibu mempunyai pengetahuan yang baik tentang perkara2 di atas. Saya di sini mengambil kesempatan untuk mengulas sedikit tentang jangkitan yis candida semasa mengandung sebagai topik kesihatan dalam blog ini utk kali ini.




Sebelum lebih jauh marilah kita pastikan sama ada kita mengalaminya atau tidak:

Antara simtom-simtom candidiasis adalah:
-lendiran yang banyak
-lendiran seperti 'cheese putih'
-gatal-gatal di vagina ('V')
-sakit di bahagian 'V' terutama selepas berhubungan
-bauan yang tidak menyenangkan dari 'V'

Secara umumnya jangkitan candida adalah bukan daripada si suami atau masalah hygiene tetapi ia adalah kuman yang secara natural nya berada pada diri kita. Ini di hebatkan lagi sekiranya si ibu pernah menggunakan pil perancang sebelum kandungan ini. Semasa mengandung ibu-ibu berada dalam keadaan low-immune system. Jadi yis ini boleh mendominasi kawasan 'V'. antara penyebab-penyebab lain: penggunaan antibiotik, perubahan hormone, stress, diabetes, penggunaan panty nylon dan chemical daripada sabun.

Ianya perlu mendapat rawatan dan segeralah merujuk kepada doktor untuk mendapatkan kepastian sama ada benar-benar yis candida atau kadangkala boleh disebabkan oleh beberapa kuman seperti group B streptococcus. Selalunya doktor akan memeriksa kawasan V dan sekiranya perlu mengambil sample 'swab' (mcm Pap Smear test).

InsyaAllah dengan pencegahan atau rawatan awal ianya boleh di atasi..rawatan untuk candida selalunye adalah menggunakan krim sapuan imidazole dan bukan pil memandangkan pil tiada bukti yg mengatakan ianya selamat sewaktu mengandung..

mari kita update pengetahuan kesihatan kita demi kesejahteraan kita dan keluarga!

No comments: