Peranan ayah

  • 0
Saya sekadar ingin berkongsi tentang satu buku yang baru saya selesai baca. Sangat nipis tetapi padat. Seronok membacanya.


Dalam hidup kita ni, selalu dikaitkan pendidikan anak-anak dengan para ibu. Tetapi kalau kita perhatikan dalam Al-Quran tiada satu dialog pun di antara ibu dan anak. Tetapi yang banyak terdapat adalah antara ayah dan anak. Cthnya Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim dan nasihat Luqman untuk anaknya.

Ayah selalunya dikaitkan dengan peranan utama untuk mencari nafkah. Tetapi sebenarnya peranan ayah adalah sangat penting. Kerana sentuhan ayah itu memberi kesan yang mendalam dalam diri anak-anak walaupun hanya perkara-perkara simple. Teringat saya satu tajuk dalam buku pendidikan anak-anak dalam Islam tentang bahana 'keyatiman'.

Keyatiman di sini mempunyai dua makna, pertama yatim kerana kematian seorang ayah dan kedua yatim kerana ada ayah namun tidak memainkan peranannya dalam pendidikan anak-anak. Dan kesan daripada kedua fenomena ini adalah sama..sama-samalah kita renungan fakta ini..

Dalam buku ini, ia menceritakan kisah seorang ayah yang bernama Hassan al Bannna (HAB), pada yang masih belum mengenali individu ini, beliau merpakan seorang yang sangat hebat dalam menyeru untuk Islam dan telah syahid di jalanNya pada usia semuda 45 tahun.

Dalam jangka masa yang singkat itu (singkat lah kan 45 tahun) beliau telah berjaya menyentuh hati anak-anaknya dengan pelbagai perkara yang sebenarnya simple tetapi beliau laksanakannya dengan hebat.

Memang betul, contoh ikutan utama kita adalah Rasullullah, tetapi HAB adalah individu yang boleh kita contohi. Malahan zamannya hampir dengan kita dan situasi zaman itu hampir sama dengan kita.

Sekrang para bapa sibuk mencari rezeqi dan beberapa aktiviti lain (alhamdulillah jika berkerja untuk Islam). Dalam buku ini, anak-anak HAB ada menyatakan beberapa perkara yang dilakukan oleh HAB yang boleh kita contohi...marilah perkayakan diri kita dengan ilmu-ilmu hebat yang diambil drp contoh tauladan yang baik:)

p/s: yang paling penting pada pendapat saya ialah hubungan kita dengan Allah..apabila kita menjaga hubungan ini sebaiknya, maka hubungan2 lain akan jadi sangat mudah dan hebat!;)
mari jadi ibu bapa muslim yang hebat!

No comments: