ibu bekerjaya

  • 3

Jika diberi pilihan sudah pasti setiap ibu memilih untuk membesarkan anak-anak di depan mata..tetapi realitinya bukan semua ditakdirkan menjadi ‘full time mother’.

Kadangkala keperluan hidup , keperluan kerja dan sebagainya membuatkan seorang ibu itu perlu membahagikan masa emas dalam kehidupannya di antara keluarga dan kerja. Bukan mudah menjalankan tanggungjawab itu , hanya ibu yg hebat dapat melakukannya.

Sebenarnya jika difikirkan peluang membuat pahala terbentang luas di depan mata kita. Di tempat kerja berkhidmat dengan ikhlas dan terbaik mendatangkan kebaikan buat org lain mendapat pahala dan di rumah menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu pasti diberi ganjaran oleh yang Esa.

Jika kita tidak mencuba sudah pasti kita tidak akan tahu sejauh mana potensi diri kita sebagai ibu berkerjaya dalam mendidik anak-anak dalam acuan kita sendiri.

Saya yakin akan masa yang berkualiti daripada kuantiti. Jika kita perhatikan rata-rata ibu yang punyai banyak masa bersama anak-anak ‘take for granted’ akan masa yang ada dan jarang di gunakan sepenuhnya kerana jauh di sudut fikiran ‘tidak mengapasekejap lagi pun boleh buat.’…

Bagi kita sebagai ibu yang bekerja biar sekejap namun yakinlah jika kita gunakan sebaiknya dengan izin Allah pasti kita dapat membentuk anak-anak kita.

Jangan putus asa.Kuasa merubah ada di tangan anda sekarang. Apa yang perlu adalah membuat sedikit perubahan pasti membawa kelainan yang ketara!

3 comments:

transformed housewife said...

pernah merasa menjaga anak2 sendiri selama hampir 4 thn. skrg kembali bekerja. kdg2 mmg rindu nak duduk rumah jaga anak2 sendiri tapi mmg tuntutat kewangan tak mengizinkan.

Ummu Umar said...

Saya pun begitu..sgt rindu utk bersama anak2 setiap saat.tp disebabkan tuntutan 'terikat kontrak' perkhidmatan perlu teruskan kerja.tp kita perlu optimis.guna peluang ni utk meningkatkan potensi diri:)
Jgn lupa utk sentiasa berdoa utk anak2 walau domana kita berada kerana kesan doa ibu buat anak sgt kuat!

juanita said...

Penat kan nak kejar 2 bender. kadang2 saya tak perform pun dlm soal keja kat opis. Janji dtg opis buat keje. tapi kat rumah saya pastikan keje utk medidik anak perform tahap gaban :D