Inspirasi Ummi: menyuntik semangat dan inspirasi semasa mengandung

  • 0

Bismillahirahmanirrahim,


"jangan hanya melihat kecerdasan Imam Asy-Syafi'i atau kegeniusan Hassan al-Basri atau kepandaian Urwah..tetapi lihat Siapa dulu IBU nya..."

Secara individu saya meyakini bahawa apa yang dirasai, diamalkan dan dijiwai oleh seorang wanita ketika mengandung akan diwarisi oleh janin dalam kandungan. Oleh kerana itu penting semasa mengandung untuk cuba sedaya upaya berfikiran positif, cekal, mengukuhkan hubungan dengan Illahi, menjauhi maksiat hati dan fizikal.

Kesyukuran yang tak terhingga dipanjatkan kepada Ilahi apabila mengetahui diri ini dan suami tercinta bakal dikurniakan seorang lagi cahaya mata penyeri rumahtangga yang terbina. Dan makin bersyukur apabila nikmat kali ini insyaAllah seorang lagi mujahid setelah dua yang Allah pinjamkan buat kami sebagai amanah untuk dipikul.




Pada waktu-waktu begini saya gemar membaca buku-buku yang boleh menaikkan semangat jihad, motivasi dan kecekalan jiwa dengan doa dan harapan agar ianya turut dijiwai oleh bayi dalam kandungan.

Antara bahan bacaan yang sedang ditelaah adalah novel berjudul "ibunda para ulama"
"perjalanan meminang bidadari" dan "prophetic parenting". Masya Allah sungguh saya kagumi ibu-ibu pada alimma terdahulu yang begitu cekal, hebat peribadinya dan tinggi kecintaannya serta pergantungan kepada Allah. Manakan dapat diri ini berdiri bersama al_khansa' ibu mujhaid-mujahid sejati yang gembira apabila keempat-empat anak lelakinya terkorban di medan jihad. Satu persatu dikirim untuk berjihad dan syahid..MasyaAllah..
Namun tidak salah jika kita mengimpikan untuk meniru kehebatan mereka dan berusaha sedaya upaya melahirkan mujahid-mujahid yang bermatlamatkan mardhatillah dalam hidup yang sementara ini


Saya turut mengagumi individu-individu hebat yang syaid pada zaman moden seperti As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin, Dr Rantisi dan sebaris dengannya yang apabila ditelaah, mereka bukan calang-calang individu tetapi insan yang berpendidikan tinggi, berkemahiran namun paling dikagumi kehebatan mereka dalam memperjuangkan agama Ilahi..Allahuakbar..


Usai membaca buku-buku ini sebelum mata terlena, semangat yang dibawa dalam tidur itu diterjemah kepada mimpi indah yang membuatkan saya tersenyum sendiri apabila terkenangkan alangkah indahnya dan bersyukurnya diri ini jika anak-anakku sehebat mereka..

permulaan hanya sebagai mimpi..namun setiap kita perlu bermimpi agar ia akhirnya menjadi realiti..



wallhualam..

No comments: