Bismillah,
Baru-baru ini saya mendapat satu kes yang saya rasa sesuatu yang tak patut berlaku kepada ibu-ibu yang maju dan majoriti berpendidikan zaman ini.
Kes seorang bayi berumur 1 bulan yang dibawa ke hospital kerana sering menangis dan muntah hampir setiap kali selepas minum.
Anak yang berat lahirnya adalah 2.9 kg, datang pada usia sebulan dengan berat 2kg. Turun sebanyak 900gram (10% weight loss). Untuk pengetahuan ibu-ibu, bayi yang baru lahir akan mengalami penurunan berat badan pada minggu pertama, secara kasar sebanyak 1% sehari. TETAPI selepas hari ke 10 bayi perlu naik berat badannya. Secara kasar 100-200gram seminggu dan berat lahir perlu dua kali ganda pada umur 6bulan dan 3 kali ganda by age 1 year old. Contoh berat lahir kes ini 2.9kg pada 6bulan perlu dalam 6kg dan pada satu tahun 9kg.
Balik kepada kes tadi, bayi ini sangat- sangat kurus dan nampak sangat 'irritable' menangis sepanjang masa saya berbicara dengan ibunya. Apabila diselidik, rupanya ibu itu memberi anak itu minum susu dengan bancuhan 5oz (150mls) dengan satu scoop susu sahaja.
Sangat penting untuk rujuk pada tin susu berapa sukatan sepatutnya dan secara umum susu formula untuk satu scoop bersamaan satu ounce air = 30mls. Cuba bayangkan cairnya susu tadi dan ini berlaku selama sebulan dan bertapa anak tadi mendapat kalori yang sangat-sangat tidak mencukupi buatnya.
Dan dengan air yang banyak dan penyusuan berterusan menyebabkan bayi muntah dan akhirnya garam mineral dalam badan tidak seimbang dan boleh membahayakan nyawa.
Jika berat badan menyusut teruk, bayi berisiko untuk mati dan mendapat jangkitan penyakit.
Selain itu ibu tadi mengaku bahawa masalah kewangan menyebabkan susu dibancuh sedemikian.
Saya menyarannya untuk meneruskan dan melebihkan penyusuan susu ibu sehingga boleh disusu sepenuhnya.
kesimpulan: kita perlu mencari ilmu keibubapaan dan pemakanan bayi jika tidak yakin akan sesuatu, susu ibu adalah yang terbaik, termurah dan terhebat buat bayi.
Allah itu hebat mencipta susu ibu sedemikian.
Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment