Dyslexia dan autism kini semakin dikenali.Para ibu bapa dah semakin peka akan perkembangan anak-anak. Satu perkembangan yg bagus.
Ada ibu-ibu personal messages saya dan bertaya:
-anak saya menulis dari kanan ke kiri..adakah dia dyslexia?
-anak saya tak kenal huruf dan nombor lagi pada usia 8 tahun..
-anak saya serabut dalam membaca dan menyebut seperti 'hospital - hopsital'. Satu hari saya jatuh anak saya jerit 'celaka la ibu..celaka' rupanya dia maksudkan 'kelakar'...
Terdapat banyak kes sebegini yg dirujuk kpd kami dan kini anak-anak itu diberi stimulasi bersesuaian (saya xsuka sebut rawatan kerana ibu bapa akan rasa kurang semangat) dan akhirnya sudah boleh masuk sekolah aliran biasa.
Antara kes-kes: anak berusia 9tahun dan dirujuk oleh guru sebagai 'slow learner' dan apabila diassess dengan lebih lanjut rupanya dia mengalami dyslexia. Selepas kelas bersama persatuan dyslexia jalan ampang dia kini sudah boleh mengikuti kelas aliran biasa.
Antara kes-kes: anak berusia 9tahun dan dirujuk oleh guru sebagai 'slow learner' dan apabila diassess dengan lebih lanjut rupanya dia mengalami dyslexia. Selepas kelas bersama persatuan dyslexia jalan ampang dia kini sudah boleh mengikuti kelas aliran biasa.
Dyslexia perlu dikesan awal dan diberi approach tersendiri seawal mungkin.Jika lewat boleh menyebabkan kesan psikologi yg negatif seperti anak merasa dirinya 'bodoh' (maaf terpaksa guna perkataan ini), rendah diri kerana sering dimarah guru/ibubapa kerana menyangka mereka tidak fokus. Atau depression yg teruk..
Apabila anak tak boleh membaca dengan baik pada usia sekolah rendah atau tidak dpt mengenali huruf atau nombor, sukar melakukan kerja-kerja yg melibatkan kronologi (seperti sukar cari jalan pulang), tidak tahu kanan dan kiri, ini memberi tanda ibu bapa perlu lakukan sesuatu.
Apa yg nak dilakukan?
- Bawa anak untuk berjumpa pakar kanak-kanak
- Pakar kanak-kanak akan menganalisa anak dan merujuk ke persatuan dyslexia jika perlu
Ini petikan yg kita baca tanpa dyslexia |
No comments:
Post a Comment