Showing posts with label inspiration. Show all posts
Showing posts with label inspiration. Show all posts

menghargai pengalaman dengan mata hati

  • 0

Kepenatan 'tagging'... hanya yang melalui boleh memahami...mula awal pagi pulang agak lewat malam. Namun saya memilih untuk menjadi optimis. Tagging= Satu lagi pengalaman baru,environment baru, dan rakan-rakan baru.New challenge.

Dari mengamati realiti khidupan seorg bayi di pediatrik, ibu di O&G dan akhirnya keluarga,kini saya di'saji'kan dengan drama realiti hidup ini yang membuka pintu hati dan emosi saya utk lebih bersyukur dan menghargai nikmat 'anggota' badan yamg hanya pinjaman semata-mata.

Kini boleh dikatakan saya lebih 'alert' dengan kelebihan 5 perkara sebelum 5 perkara; lapang sebelum sempit,sihat sebelum sakit dan muda sebelum tua.

Perkaitannya seperti ini; seorang pesakit yang dimasukkan ke ward kerana patah / putus kaki nya disebabkan banyak perkara. Mungkin kerana hancur termasuk mesin ditempat kerja,digilis kenderaan atau kerana kencing manis.

Kebanyakkan kita hanya nampak kesakitan zahirnya iaitu sakit ditempat patah.tetapi impak sakit zahir itu sebenarnya lebih hebat.Sumber rezeqi sekeluarga terjejas,masa depannya terjejas, tidak boleh lakukan byk aktiviti dan sebagainya.

Sebagai individu yg merawat saya insaf akan kebolehan yang Allah masih pinjamkan kpd saya iaitu kudrat,kaki,tangan dan pancaindera.Saya bertanya sendiri adakah saya telan manfaatkan untuk mengumpul saham akhirat?adakah saya cuba menyampaikan ayat-ayatNya?adakah saya doktor yg amanah?adakah saya isteri dan ibu yang melaksanakan tanggungjawab?

Sekaranglah masa sebelum kehilangan pinjaman-pinjaman Illahi dan sebelum terlambat.

Luka fizikal boleh dibantu oleh org lain untuk merawatnya,luka iman hanya kita sahaja yang bisa mengubatnya...tombo ati..dan yang bagusnya madrasah Ramadhan kian mendekat..Allahummabalighna Ramadhan..

Hidayah Allah itu tidak murah


*kisah benar yang di ubah nama..hanya mengambil pengajaran dari kisah benar kehidupan..*

Hati ini tersentuh sayu apabila melihat K Anis merenung keluar tingkap NICU dengan air mata yang jatuh satu persatu tanpa mengendahkan pandangan orang di sekeliling. Mungkin dia terkenangkan wajah comel arwah syazrul yang baru pergi buat selamanya 2 hari lalu pada usia hanya 8bulan dan kini syafi 5 tahun, satu-satunya anak yang tinggal terlantar dibantu mesin pernafasan.

Tidak cukup dengan ujian anak ini,si suami pula seumpama dirasuk hantu menjerit-jerit menyalahkan doktor dan pihak hospital dan paling kejam menzalimi K Anis dengan mengatakan keturunanbya membawa sial hingga anak-anak satu persatu sakit.Astaghfirullah....inilah dia apabila hati tiada lagi iman dan pergantungan kepada Allah yang Esa.

Berat sungguh ujianMu padanya ya Allah.. namun saya yakin Allah tidak akan menguji hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung hambaNya.

Teringat sewaktu oncall yang lalu pada hari Syafi bru sahaja di masukkan ke uni rawatan rapi NICU. Saya tiba - tiba disapa oleh K Anis dengan deruan air mata.

K Anis:"Doktor saya sedih sangat...saya lalui semua ini seorang diri. Suami tak henti-henti menuduh keluarga saya yang bukan-bukan.Dia sikit pun tak ambil kisah tentang anak-anak.tahu marah, tengking aje. Jangankan beri duit utk bantu, datang melawat pun tidak. Saya nak minta cerai la doktor dengan dia.Sesak sangat rasa dada ni..."

Sungguh saya kaku sebentar mendengar luahannya. Betapa hebat dugaan wanita ini.

Saya: Sabar kak. Ini ujian Allah.Saya tahu akak kuat. Saya tahu senang bercakap suruh sabar tapi hakikat yang menanggung terlalu berat..tapi akak percayalah akak tidak sendiri.Allah ada bersama.Saat ini yang boleh mengubah keadaan hanya Allah.Doktor pun manusia. Usaha apa yang termampu selebihnya Allah yang tentukan.Malam begini baik akak solat malam minta padaNya.InsyaAllah ringan sikit beban di dada.Saya rasa tentang cerai tu jgn fikirkan sangat sekarang sebab akak dan suami dua-dua tertekan,marah. Takut keputusan waktu ini tidak rasional.

K Anis: Doktor,sekarang hampir setiap malam saya ke surau tingkat 8 solat.Minta Allah tolong. Sekarang bila difikir-fikir saya baru tersedar yang saya dan suami dulu tidak memenuhi tanggungkawab solat lima waktu saya, jarang meminta padaNya. Bila jadi begini saya insaf. Sejak arwah syazrul sakit saya baru tersedar hakikat hidup yang sebenar.Mungkin Allah nak saya sedar dengan ujian ini..

MasyaAllah...saya sayu.Berat sungguh sesak di dada ibu ini. Mahal sungguh hidayah Allah. Besar sungguh pengorbanan bayi syazrul untuk membawa ibunya ke pangkal jalan..Subhanallah, hidayah Allah itu mahal sungguh nilainya..semoga kita mengambil pengajaran agar dekat padaNya..

masa itu kehidupan

  • 0
Subhanallah..memang kehidupan sungguh menginsafkan..menghayati erti sebuah kehidupan dan nikmat nyawa yang Allah kurniakan membuatkan diriku termenung panjang memikirkan dimana aku dan kemana halatuju hidupku..adakah aku berusaha mencapai objektif diri ini dihidupkan?

pelbagai cara dan keadaan yang berlaku depan mata ini, kematian yang dahsyat, yang mengerikan dan ada juga yang sungguh tenang dan penuh keimanan..

teringat seorang gadis berusia 20an, sebelum saat akhir menghembuskan nafasnya, dia meracau sendirian " nak jumpa ibu, nak jumpa ayah, nak minta maaf, ya Allah kenapa aku sakit begini namun aku redha ya Allah andai ini ketentuanMu..asyhaduallailahaillallah...wasyhaduanna muhammadarrasulullah..." dia terus meracau begitu walau aku memanggil2 nama nya dan menekan sternum untuk melihat status kesedarannya..namun dia terus berkata seperti itu...selesai mengucap keesaan Allah, tekanan darahnya menurun dan terus cardiac monitor menunjukkan 'asystole' atau garis lurus menandakan denyutan nadi terhenti..innalillah..sayu hati menatapi pemergian pesakit yang muda dari diri ini..sungguh ajal itu tidak mengenal usia..

masa hidup ini terlalu singkat dan terlalu banyak perlu dilakukan..semoga Allah mengurniakan husnul khatimah buat diri ini dan semua serta ahli keluarga kita...amin ya rabba 'alamin..

pengajaran kehidupan

  • 3
image from google image

Langkah pagi ini di wad 7A terhenti apabila disergah oleh panggilan staffnurse “doktor cepat doktor..pakcik katil 23 ni lain macam aje..”

Kaki terus laju melangkah.Melihat wajah pakcik itu hati bagai disentap. Jari pantas meraba ‘carotid pulse dan mata memandang ‘cardiac monitor’ yang bergaris lurus. Anak mata pakcik juga sudah tiada tindak balas apabila disuluh. Segera katil dipanjat dan CPR dimulakan. Di sebalik kekecohan suara semua yang turut sama membantu, fikiran ini ligat mengimbas kembali setengah jam yang lalu…

Sungguh baru sebentar tadi bertegur sapa dengan pakcik ni “eh doktor kerja lagi hari ni? Tak balik ye? Takpelah doktor, dah tanggungjawab kan. Bantu orang sakit macam pakcik ni lagi-lagi bulan ramadhan ni besar pahalanya. Pakcik bangga ada anak melayu kita yang rawat pakcik. Kerja elok-elok ye nak, ikhlas kerana Allah”. Saya hanya tersenyum sambil mendengar bicara pakcik. Sungguh mendalam dan bermakna buat diri. Sungguh dalam hati berjanji pada diri sendiri, kepercayaan itu tidak akan dipersiakan, ikhlas kerana Nya. Dalam hati juga berbisik mendoakan agar pakcik ini sembuh dan dapat kembali meraikan ramadhan ini bersama keluarga walaupun jauh di sudut hati tahu kenyataan untuk pakcik pulang adalah sangat tipis dan hanya mampu berdoa semoga ramadhan ini diberi kemudahan buatnya untuk beramal.

Dikala badan berpeluh-peluh ‘mengepam’ dada pakcik dengan harapan denyutan jantung dapat dikembalikan, mata berselang seli memandang monitor dan mata pakcik yang terbuka namun seperti kosong….

Kosong…hati ini terus berdoa..Ya Allah sekiranya pakcik ini boleh dikembalikan dan itu yg terbaik maka kembalikanlah ya Allah, namun jika pergi itu lebih baik buatnya maka terima lah dia dan tempatkanlah ditempat yang terbaik…setelah 45 minutes process resuscitation dilaksanakan dan ubatan diberi, usaha menemui kegagalan..waktu kematian diumumkan..”time of death 11am..” kata-kata itu disambut dengan tangisan oleh isteri yang menemani..hati ini bagai disia-siat..pilu..Permulaan yang sayu buat diri namun amanah perlu diteruskan..

Selesai waktu kerja kaki melangkah lesu ke kereta..dalam pemanduan..kejadian tadi bagai diimbas semula di depan mata..fikrian ini ligat menghayati pengajaran disebalik peristiwa..sungguh jasad ini hanya pinjaman..bernilai dikala roh masih menghuninya..tak ubah bagaikan kereta yang dipandu…pemandu adalah roh. Setelah pemandu keluar kereta itu hanya kaku. Kaku dan static. Kosong..

Pemandu dalam pemanduan kadangkala melirik mata ke cermin melihat kebelakang..dan sepenuhnya melihat cermin hadapan arah pemanduan..Hidup juga begitu..mata dan matlamat harus terus menuju akhirat sana dan hanya kadangkala perlu di lirik ke belakang melihat dunia..andainya terlalu kerap melirik kebelakang pasti akan ‘tersasar’ arah pemanduan..semoga Allah memberi husnul khatimah buat diri ini dan semua..amin ya rabba ‘alamin…

daya tarikan seorang isteri

  • 2

Isteri...title ini ada kuasa utk mematangksn seseorg. Pernah seorg
penceramah mengataksn 'seseorg itu tidak akan matang selagi dia tidak
berumah tangga'.Saya setuju dgn hujahnya kerana saya sendiri rasa
perbezaannya. tarikan isteri memang byk.yg biasa dikupas, tentang
kecanrikan,sikap penyayang, layanan baik etc.

Satu komponen yg jarang dibincangkan ialah isteri yg 'bermatlamat and
she is working for it'!

Analogi seperti pekerja di syarikat..seorg pekerja biasa yg melakukan
rutin biasa punch in and punxh out tanpa target dlm kerjaya berbanding
seorang pekerja yg ada target dan dia nampak sungguh energetic utk
mencapainya...

Antara dua pekerja di atas mana yg lebih menarik?begitu juga
isteri...pasti yg mempunyai matlamat dlm hidup dan berusaha untuknya
lebih menarik;)

Matlamat apa?apa-apa saja yg anda ingin dlm hidup..matlamat utk
anak2,utk keluarga,agama,kerjaya dan sebagainya...

Mari bayangkan target dan matlamat sebagai ibu dan isteri.tuliskan dgn
jelas lihat hari-hari. Org yg dpt bygkan dgn jelas satu persatu utk
mencapai matlamatnya lebih mudah utk nencapai impiannya;)


Dream, and translate it into organized thoughts!

  • 0

Oh I'm inspired!! need to plan and prepare to realize these dreams!!

It comes when I am not totally on holiday..oh..Oh Allah please help me!

Bismillahirrahmanirrahim..will write on it after I get the first good outcome ..biiznillah!

p/s: this will take some times ok;) please make doa for us!